“Servis Macam Ta*k” – Adakah sooka Wajar Didenda KKD, Beri Rebat Kepada Pelanggan?

sooka

Peminat bola sepak negara meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap syarikat siaran penstriman tempatan, sooka Malaysia selepas gagal menyediakan servis yang memuaskan terutamanya melibatkan siaran langsung perlawanan tumpuan.

Kemarahan pengguna yang membayar servis ini secara konsisten setiap bulan memuncak pada perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka melibatkan skuad Harimau Malaya menentang India.

Sejak awal sepak mula lagi, pelanggan gagal untuk mengakses siaran langsung ini sama ada menerusi laman web mahupun peranti dan masing-masing meluahkan kekecewaan mereka di media sosial.

sooka cuba untuk menyediakan pautan baharu sebagai penyelesaian tetapi ianya tetap bermasalah kerana sering tersangkut dan menjengkelkan pengguna.

https://twitter.com/sookamalaysia/status/1712819810999140468?s=20

Ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku, malah beberapa perlawanan tumpuan lain seperti aksi pasukan ternama di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) juga berdepan dengan masalah yang sama.

Justeru itu, beberapa pengguna menyarankan agar Kementerian Komunikasi dan Digital mengambil tindakan tegas terhadap syarikat ini kerana gagal menyediakan servis yang sewajarnya kepada pelanggan yang telah membuat pembayaran bulanan secara konsisten setiap bulan tanpa gagal.

Seorang lagi pengguna menggesa agar pihak sooka Malaysia yang mempunyai kaitan dengan syarikat penyiaran ternama negara iaitu Astro Malaysia memberikan rebat kepada semua pengguna di atas kegagalan mereka menyediakan servis yang memuaskan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN