Seruan KV Kortrijk Sudah Memanggil, Luqman Bertolak Minggu Depan

Luqman Hakim Shamsudin

Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mengesahkan telah pun dihubungi oleh KV Kortrijk untuk menyertai kelab Belgium itu seawal minggu depan.

Sumber dari Team Malaysia itu menjelaskan, bekas graduan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari tersebut akan membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen untuk mendapatkan kelulusan terbang ke luar negara.

Mengikut perancangan asal, Luqman sepatutnya dibawa ke England pada 2 Januari lalu untuk untuk menjalani latihan selama tiga bulan bersama Cardiff City dan seterusnya ke Belgium untuk menandatangani kontrak bersama KV Kortrijk pada 17 Mac selepas umurnya cukup 18 tahun.

Bagaimanapun perancangan tersebut tertangguh akibat masalah visa di mana visa lawatan tidak boleh digunakan untuk beliau tinggal dan menjalani latihan bersama Cardiff hanya untuk tempoh tiga bulan.

Kemudian krisis pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia juga telah menyukarkan lagi urusannya.

Luqman kemudiannya ‘menumpang’ berlatih dengan pasukan Selangor 2 sebelum menyertai pasukan itu secara rasmi. Bagaimanapun pemain kelahiran Kota Bharu itu tidak sempat untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetitif selepas Liga-M juga ditangguhkan bermula pertengahan Mac lalu.

Liga Belgium telah pun ditamatkan lebih awal musim ini selepas pihak kerajaan negara itu tidak membenarkan acara sukan berlangsung sehingga keadaan semakin selamat dan KV Kortrijk musim ini menamatkan saingan di tangga ke-11 daripada 16 pasukan.

Dengan perkembangan terbaharu ini, diharapkan Luqman dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk mengambangkan lagi bakatnya dan menanam cita-cita untuk menjadi penyerang terbaik dalam sejarah negara.

Apa yang penting, jangan pernah lupa pesanan Jijoe Alfonso mengenai tiga perkara yang boleh merosakkan negara. Semoga berjaya Luqman!

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Luqman Hakim:

Leave a Reply