Ramai terkejut sebenarnya apabila Perak berjaya mengambil seorang jurulatih yang cukup berpengalaman dan nama begitu besar dalam arena bola sepak Malaysia.
Kehadiran bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim dalam Liga Malaysia sudah tentu dinantikan oleh peminat boleh sepak Malaysia yang ingin melihat beliau membawa pasukan senior.
Sebab utama mengapa Teong Kim tertarik untuk menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Perak adalah falsafah yang dibawa oleh pihak pengurusan itu sendiri dan bukanlah kerana sudah tiada kerja.i
Menurut Teong Kim, beliau sangat mementing pemain muda dan itu yang ingin dilakukan oleh pihak pengurusan menyebabkan beliau bersedia untuk bekerjasama dengan skuad Seladang.
Untuk melahirkan pemain yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah kerana bakat sahaja tidak menjamin kejayaan kerana mereka perlu ada beberapa aspek lain.
“Paling penting adalah pemain-pemain ini sebelum mereka datang kepada kita, kita mesti mempunyai etika kerja, mesti mereka ada moral value, disiplin perkara-perkara ini lebih” ujar Tiong Kim.
Teong Kim berazam untuk melahirkan lebih ramai pemain muda pada masa akan datang kerana beliau percaya bahawa terdapat ramai pemain yang berbakat di Malaysia ini.
Kebanyakkan pemain muda ini kurang mendapat peluang minit permainan yang secukupnya bagi membuktikan keupayaan sebenar mereka.
Perak sebelum ini pernah berada di zaman kegemilangan sebelum mencatat sejarah hitam pada ulang tahun ke-100 bola sepak negeri itu.
Namun begitu, pengendali berusia 59 tahun itu bertekad ingin kembalikan zaman tersebut untuk penyokong setia Perak.
Ketika ditanya berkenaan pemain muda, beliau membuka pintu buat pemain muda untuk sertai skuad Perak dalam mengharungi cabaran musim hadapan.
“Kami ingin lihat lebih ramai pemain-pemain tempatan main, falsafah kami adalah memberi peluang kepada pemain tempatan” kata Tiong Kim.
Oleh itu, beliau mengalu-alukan kedatangan pemain tempatan dan pasti akan memberikan merit kepada yang selayaknya.
Bagi pihak pengurusan, pemain muda adalah aset penting untuk kelab pada masa akan datang kerana mereka percaya, jika digilap dengan baik, pasti bakat pemain muda ini akan berkembang dengan baik.
Tiong Kim yang pernah melatih skuad remaja Bayern Munich turut beranggapan sembilan pemain import terlalu banyak sehingga ia akan menganggu peluang pemain tempatan.
Disebabkan itu, mereka akan utamakan pemain tempatan dan untuk slot pemain import, mereka akan melihat prestasi dari masa ke masa untuk berada dalam skuad Seladang.