Kapten skuad kebangsaan England, Harry Kane mengesahkan dirinya akan kekal bersama Tottenham pada musim ini. Beliau juga menyatakan tekad memberikan 100% fokus untuk membantu pasukan meraih kejayaan.
Kane sekian lama dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City. Pemain itu selama ini percaya dirinya mempunyai persetujuan secara bersama dengan pengerusi kelab, Daniel Levy untuk berhijrah jika mendapat tawaran yang besar.
Levy bagaimanapun setakat ini bedegil untuk meneruskan rundingan dengan Man City untuk menjual penyerang berusia 28 tahun itu.
Seronok lihat kawan-kawan main bola
Kerinduan Harry Kane untuk beraksi, dan terlibat sama membantu pasukan untuk menang amat ketara pada hujung minggu lalu.
Kane akhirnya diberikan peluang apabila diturunkan dari bangku pemain simpanan dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolves.
It was incredible to see the reception from the Spurs fans on Sunday and to read some of the messages of support I've had in the last few weeks. 👏⚽
I will be staying at Tottenham this summer and will be 100% focused on helping the team achieve success. #COYS pic.twitter.com/uTN78tHlk1
— Harry Kane (@HKane) August 25, 2021
“Ia amat menakjubkan melihat sambutan dari penyokong Spurs pad Ahad lalu, dan juga ketika membaca mesej yang dihantar sejak beberapa minggu lalu,” ujar Kane malalui muat naik di media sosial.
“Saya akan kekal bersama Tottenham pada musim panas ini dan akan memberikan 100% fokus kepada pasukan mencapai kejayaan.
Tamatnya satu saga
Kane yang kontraknya bersama Spurs akan tamat pada 2024, telah berikrar untuk memberikan komitmen kepada kelab enam hari sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pada 31 Ogos ini.
Pemain itu sebelum ini dilaporkan memboikot latihan dan terlepas perlawanan pertama musim ini dalam usaha memaksa perpindahan ke City.
Tottenham board on the same position since June 1. NO intention to sell Harry Kane. NO players accepted like Gabriel Jesus or Laporte. Two official City bids refused: €122m, €150m. ⚪️🚫 #THFC
Daniel Levy, Fabio Paratici and Nuno on a mission day by day: convince Harry to stay. pic.twitter.com/jRyVIQ4rBr
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 25, 2021
Saga perpindahan Kane adalah antara berita perpindahan yang menjadi tumpuan sepanjang musim panas ini. Walaupun dikaitkan dengan City, Spurs tetap konsisten pemain itu tidak akan pergi ke mana-mana pada jendela perpindahan ini.
“Fokus kami ialah untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan terbaik. Di situlah fokus semua pihak sepatutnya berada,” ujar kenyataan kelab ketika khabar angin Kane akan pergi bertiup kencang.
Beberapa hari kemudian Kane berkata beliau mahu berjumpa dengan Levy untuk duduk berbincang secara jujur mengenai masa depannya.
Spurs dipercayai meletakkan tanda harga £160 juta untuk pemain itu, namun demikian Man City dipercayai tidak sanggup membida sebanyak itu untuk pemain tersebut.