Bologna hampir menang ke atas Inter Milan dalam saingan Serie A yang berlangsung awal pagi tadi. Inter Milan sebelum perlawanan ini telah melakukan permulaan sempurna.
Mereka mengutip 12 mata maksimum daripada 4 perlawanan pertama mereka. Ini sekaligus membuatkan Inter dalam landasan terbaik untuk menjadi pesaing kejuaraan.
Namun dalam perlawanan awal pagi tadi, Bologna menguasai babak pertama. Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Simoeno Verdi minit ke-32.
Inter Milan mulai mencari formula untuk membalas jaringan tersebut. Namun kontroversi berlaku pada minit ke-75 apabila pengadil menghadiahkan Inter sepakan penalti.
Pengadil meminta bantuan VAR dan mengesahkan insiden tersebut adalah penalti selepas Eder dijatuhkan oleh Ibrahima Mbaye. Icardi menyempurnakannya dan perlawanan berakhir 1-1.
Pengurus Bologna, Roberto Donadoni ternyata tidak berpuas hati dengan penalti yang diberikan pengadil. Beliau berkata:
“Jika kami yang berada dalam keadaan itu berhadapan dengan pasukan seperti Juventus, Napoli, Roma atau Milan, pengadil tidak kisah pun untuk menyemak semula insiden itu.”
“Penalti itu tidak sepatutnya diberi kerana pemain kami terjatuh dan kehilangan keseimbangan badan. Eder pula datang dari arah bertentangan.”
https://www.youtube.com/watch?v=VJBKF-DlqSE
“Saya malas nak bercakap tentang hal itu, sebab dah banyak kali ia berlaku. Kami sentiasa meragui jika kami yang berada dalam keadaan Inter tadi? Adakah mereka akan menghadiahkan kami penalti? Saya tidak tahu!”