Serie A: Roma Pastikan Kota Rom Merah, Atasi Lazio 3-1

Pengurusan AS Roma kini dalam tekanan selepas aksi tak konsisten pada awal musim.

Ianya berikutan keputusan mereka menjual beberapa pemain penting pada perpindahan lalu termasuk, Alisson dan Radja Nainggolan.

Pengurus mereka, Eusebio Di Francesco juga tidak senang duduk kerana beberapa nama sudah dikaitkan bakal menggantikan beliau termasuk Antonio Conte.

Roma keciciran beberapa mata penting musim ini. Dan media di Itali mulai melabel pasukan ini dalam krisis.

Namun kemenangan semalam dalam Derbi della Capitale memberikan senyuman kepada AS Roma. Ianya dianggap penting untuk kebangkitan pasukan ini.

Tamat perlawanan Eusebio Di Francesco berkata:

“Aksi kami hari ini membuktikan yang pasukan ini tidak hilang identiti ataupun idea bola sepak kami.”

“Saya melihat wajah dan mata yang berbeza pada diri pemain pada hari ini. Mereka menunjukkannya dengan aksi di atas padang.”

Sebelum rehat, Lorenzo Pellegrini menjaringkan gol pembukaan dengan ‘backheel’ licik.

Bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Itali, Ciro Immobile menyamakan kedudukan pada minit ke-67.

4 minit kemudian, Kolarov kembali meletakkan Roma di hadapan.

Federico Fazio kemudian menebus kesilapan beliau ketika gol Immobile. Fazio menjaringkan gol ke-3 dengan tandukan.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut AS Roma selepas menang 4-0 ke atas pasukan baru naik, Frosinone.

Ianya dilanggap satu kemenangan yang membantu menaikkan motivasi pasukan Roma.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN