Pepe Reina, daripada hampir menjadi zero kepada hero pasukannya dalam aksi AC Milan berhadapan dengan Genoa.
Ini selepas penjaga gol Sepanyol itu, melakukan kesilapan dan memberikan penalti kepada lawan.
Namun begitu, Reina kemudiannya menafikan penalti pada masa kecederaan. Ia merupakan aksi menyelamat yang memberikan 3 mata kepada AC Milan.
Four red cards. A 93rd minute penalty save. Three points.
AC Milan somehow survive a crazy match to ease the pressure on under-fire manager Marco Giampaolo.#OptusSport pic.twitter.com/dJBXWyFDy4
— Optus Sport (@OptusSport) October 6, 2019
Perlawanan ini agak panas. Di mana ia menyaksikan 4 layangan kad merah oleh pengadil perlawanan.
Reina disenaraikan pada saat akhir – sebelum sepak mula perlawanan – menggantikan penjaga gol utama mereka, Gianluigi Donnarumma.
Schone meletakkan Genoa di hadapan sebelum rehat separuh masa pertama. Ia memberikan isyarat yang tidak diingini peminat Milan selepas permulaan kurang meyakinkan musim ini.
Tersentak dengan jaringan itu, Milan masuk ke separuh masa kedua dengan menjaringkan 2 gol dalam jarak 6 minit di antara gol-gol tersebut.
Gol pertama menerusi tandukan oleh Theo Hernandez. Gol kedua adalah menerusi penalti Franck Kessie. Penalti yang diberikan oleh VAR.
Prestasi pengadilan perlawanan ini dikritik hebat kerana dianggap tidak menepati standard.
The referee in the Milan vs Genoa game yesterday:
8 yellow cards
4 red cards
2 penalties
Allowed play to continue when a player sustained a head injury
Blew for full-time 1 minute earlyShambles pic.twitter.com/CwIksmFapQ
— Ladbrokes (@Ladbrokes) October 6, 2019
Kemenangan ini meletakkan AC Milan naik ke tangga ke-11. Manakala Genoa terus bergelut di zon penyingkiran.
Aksi seterusnya, AC Milan akan berhadapan dengan pasukan Lecce selepas minggu rehat antarabangsa.