A.C Milan menamatkan penantian kejuaraan 11 tahun Serie A selepas menang 3-0 ke atas Sassuolo pada awal pagi tadi.
Dua gol jaringan Olivier Giroud dan satu lagi oleh Franck Kessie memastikan Milan merangkul kejuaraan Scudetto dengan penuh bergaya.
Kemenangan bergaya
Skuad kendalian Stafano Pioli tiba dalam perlawanan ini dan sedar satu mata sudah memadai untuk memastikan mereka menamatkan musim mengatasi pesaing terdekat yang juga seteru setempat – Inter Milan.
Selepas Giroud meletakkan Milan di hadapan pada minit ke-17 perlawanan, mereka tidak pernah ragu kejuaraan liga ke-19 dalam sejarah kelab bakal milik mereka.
📸 from a HISTORICAL season!
🔥🇮🇹 MILAN IS ON FIRE 🏆🔥@acmilan #SerieA💎 #WeAreCalcio #MilanScudetto pic.twitter.com/O5J69tlbdb
— Lega Serie A (@SerieA_EN) May 22, 2022
Giroud menambah jaringan kedua pada minit ke-32 perlawanan selepas usaha baik daripada Rafael Leao, untuk memastikan Milan berada di landasan tepat menjulang trofi kejuaraan.
Tiada apa yang boleh menghalang usaha Milan selepas Kessie menjadikan kedudukan 3-0 empat minit kemudian, sekali gus mematikan cabaran lawan seawal babak pertama perlawanan.
An exciting #SerieA💎 21/22 until the last day! ❤️🔥#WeAreCalcio pic.twitter.com/IJylwDgDVB
— Lega Serie A (@SerieA_EN) May 22, 2022
Babak kedua perlawanan ibarat sebuah pesta buat penyokong Milan yang hadir. Mereka berada dalam kalangan penyokong tuan rumah dan meraikan kemenangan yang hampir pasti.
Wisel penamat diraikan dengan penuh kegembiraan selepas penantian yang agak lama.
Medal Pioli hilang
Kejayaan Milan menamatkan kejuaraan selepas 11 tahun itu bagaimana pun sedikit direncatkan oleh insiden Pioli kehilangan pingatnya yang didakwa dicuri.
“Mereka merentap medal daripada saya. Jika ada yang boleh membuat rayuan, saya ucapkan terima kasih.
Stefano Pioli’s Serie A winner’s medal was stolen during celebrations at the Mapei Stadium today: ‘Help me find it, it’s the only one I have.’ https://t.co/EVIG57Saiy #Pioli #ACMilan #Milan #Calcio #SerieA
— Football Italia (@footballitalia) May 22, 2022
“Ia [medal] adalah satu-satunya yang saya pernah ada,” ujar jurulatih itu kepada La Repubblica.
Kemenangan Milan bermakna usaha terakhir Inter yang menewaskan Sampdoria juga dengan jaringan 3-0 dalam satu lagi perlawanan hanya sekadar pelengkap jadual musim ini.