Zlatan Ibrahimovic yang kembali menyarung jersi Milan gagal untuk membantu pasukannya keluar dari prestasi buruk pada musim ini selepas sekadar seri 0-0 berdepan Sampdoria di gelanggang sendiri dalam saingan Serie A pada Isnin.
Keputusan tersebut bermakna Milan gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut dan karisma ‘legenda’ berusia 38 tahun itu gagal untuk memberikan impak yang diharapkan di San Siro.
Ibrahimovic dibawa masuk pada minit ke-55 menggantikan Krzysztof Piatek dan menerima sorakan dari penyokong yang merindui kelibatnya di stadium keramat itu, namun beliau gagal menemui sentuhan jaringan sehingga tamat perlawanan.
Ibra makes his debut in Rossoneri draw. Read the match report 👉🏻 https://t.co/fVXGb0K5D0
Ibra debutta nel pari con la Samp: leggi il report della partita 👉🏻 https://t.co/J77yOSORXb#MilanSampdoria #SempreMilan pic.twitter.com/Q2zV0eZw50
— AC Milan (@acmilan) January 6, 2020
Bekas penyerang Sweden itu mendapat dua peluang untuk menjaringkan gol dengan satu dikeluarkan di atas garisan dan satu lagi diselamatkan oleh penjaga gol Emil Audero.
Sampdoria juga berpeluang untuk memenangi perlawanan ini, namun rembatan bekas penyerang Southampton, Manolo Gabbiadini hanya sedikit tersasar sekalipun penjaga gol Gianluigi Donnaruma sudah pun tertewas.
Ketika bersama skuad Rossoneri sebelum ini, Ibrahimovic telah membantu pasukannya menjulang kejuaraan Serie A pada musim 2010/11 yang merupakan trofi kejuaraan utama terakhir yang dimenangi kelab tersebut. Beliau kemudian menyertai Paris Saint-Germain pada musim berikutnya.
https://twitter.com/IFTVofficial/status/1214209443539410944?s=20
Beliau telah menjaringkan 122 gol dalam Serie A sepanjang beraksi untuk Inter Milan, Juventus dan AC Milan selain turut memenangi enam kejuaraan liga. Bagaimanapun dua daripadanya yang dimenangi bersama Juventus telah dibatalkan berikutan skandal Calciopoli yang melanda Itali satu ketika dahulu.
Sebelum ini, Milan sekadar seri 0-0 ketika menentang Sassuolo di laman sendiri dan keputusan terbaru ini telah meletakkan mereka di kedudukan ke-12 Serie A, di bawah Hellas Verona dipisahkan oleh perbezaan gol.
Kemudian mereka turut dibelasah 5-0 oleh Atalanta, yang menewaskan Parma dalam satu lagi perlawanan lain pada Isnin dengan keputusan yang sama di mana Josip Ilicic cemerlang menjaringkan dua gol dan pasukan itu semakin hampir untuk mengejar kedudukan empat terbaik.