Debut Stefano Pioli dicalarkan sedikit oleh Lecce. AC Milan diikat 2-2 oleh Lecce. Sekaligus membuatkan Stefano Pioli meneruskan rekod – 3 pengurus terakhir Milan gagal mencatatkan kemenangan di dalam debut.
Pioli dilantik oleh AC Milan menggantikan Marco Giampaolo yang dipecat.
AC Milan dikecewakan oleh gol penyamaan lewat oleh Marco Calderoni. Ianya satu gol yang sangat cantik membuatkan San Siro tergamam.
Hakan Calhanoglu memberikan Milan gol pendahuluan. Ini merupakan salah satu aksi terbaik Calhanoglu sejak menyertai Milan.
Namun pada minit ke-66, Khouma Babacar menyamakan kedudukan dengan gol dari jarak dekat – selepas Donnarumma menyelamatkan penalti beliau.
Pada minit ke-81, Piatek meletakkan Milan kembali di hadapan. Ianya seakan-akan gol yang akan memberikan kemenangan sulung kepada Pioli.
Namun ia tidak berlaku, apabila Calderoni melakukan percubaan cantik dari jarak jauh – pada masa kecederaan.
AC Milan gagal mengeluarkan bola daripada kawasan mereka. Dan Calderoni mendapat ruang, beliau melakukan rembatan deras menewaskan Donnarumma.
So, the AC Milan president was seen leaving with 2 minutes of regulation remaining. But Lecce equalised two minutes into stoppage time 🙈. Over-confident? #MilanLecce pic.twitter.com/aWW4cRek3U
— Sacha Pisani (@Sachk0) October 20, 2019
Perlawanan berakhir dengan seri 2-2. Satu keputusan yang mengecewakan AC Milan.
The game ends in a draw
Finisce in parità a San Siro#MilanLecce 2-2 #SempreMilan pic.twitter.com/uCbENVHeSd
— AC Milan (@acmilan) October 20, 2019
Keputusan yang menggagalkan usaha Milan untuk kembali ke kelompok 10 teratas liga. Lecce mencatat keputusan seri pertama mereka musim ini. Dan kini hanya dibezakan 3 mata dari AC Milan yang berada di tangga ke-12.
AC Milan sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan mereka di dalam liga. Dalam perlawanan seterusnya, AC Milan akan bertandang ke Rom untuk berhadapan dengan AS Roma.