Cagliari adalah pasukan yang membawa reputasi buruk perangai penyokongnya di Itali kerana sifat perkauman mereka.
Inter Milan meneruskan rentak kemenangan mereka pada musim ini. Dalam perlawanan kedua Serie A, Inter Milan menang 2-1 ke atas Cagliari. Kemenangan yang meletakkan Inter Milan di persada Serie A selepas 2 perlawanan.
Bekas penyerang Manchester United, Romelu Lukaku sekali lagi berada dalam senarai penjaring gol. Beliau kali ini menjadi wira kemenangan pasukannya.
Inter di hadapan pada separuh masa pertama menerusi Lautaro Martinez yang menyempurnakan gol pada minit ke-27.
Pada separuh masa kedua, Santos Galvao menyamakan kedudukan pada minit ke-50.
Kira-kira 22 minit selepas itu, Inter Milan telah dihadiahkan sepakan penalti. Romelu Lukaku dengan tenang menyempurnakan penalti tersebut. Ia juga merupakan gol kemenangan Nerrazurri pada malam itu.
Lukaku diejek dengan bunyi monyet
Walaubagaimanapun terdapat insiden yang kurang disenangi berlaku dalam perlawanan ini. Hari ini apabila romelu Lukaku telah diejek dengan sorakan berbaur perkauman.
Sebahagian kecil penyokong Cagliari telah mengeluarkan bunyi monyet, ditujukan kepada Lukaku. Mereka tidak berpuas hati dengan Lukaku yang menjaringkan gol kemenangan pasukan beliau.
Romelu Lukaku merupakan pemain kulit hitam terbaru yang menjadi mangsa perkauman di Itali. musim lalu ada beberapa pemain termasuk pertahanan terbaik Serie A iaitu Kalidou Koulibaly antara menjadi mangsa.
Ini bukan pertama kali insiden perkauman melibatkan penyokong Cagliari. Badan Anti Diskriminasi Bola Sepak Eropah (FARE) dalam kenyataan mereka menggesa Serie A segera mengambil tindakan tegas.
FARE berkata: “Cagliari ada sejarah insiden seperti ini di masa lalu.”
Sebelum ini penyokong Cagliari menyerang secara rasis pemain Juventus, Blaise Matuidi.
Musim lalu, Moise Kean juga antara mangsa penyokong Cagliari. Namun agak mengecewakan apabila Leonardo Bonucci menyalahkan pula si Moise Kean yang dikatakannya memulakan provokasi kepada penyokong dengan meraikan gol di hadapan mereka.
Kean meraikan gol itu selepas beberapa siri ejekan sepanjang perlawanan tersebut.
Pada 2017, Sulley Muntari menjadi mangsa serangan rasis oleh penyokong Cagliari.
Tidak lupa juga pada 2010, Samuel Etoo pernah menerima ejekan yang sama.
Oct 2010: Eto’o responded to racist chants from Cagliari fans by scoring in Inter’s 1-0 win.
Apr 2017: Cagliari fans racially abused Muntari
Jan 2018: Matuidi abused in Cagliari.
Apr 2019: Cagliari fans racially abused Moise Kean.
Sep 2019: Lukaku racially abused in Cagliari. pic.twitter.com/5nNLQVacR0
— Oluwashina Okeleji (@oluwashina) September 1, 2019
Romelu Lukaku memberikan respon kepada insiden tersebut dengan menyatakan beliau sentiasa berbangga untuk menjaringkan gol dalam jersi Inter Milan.
Rakan sepasukan beliau, Milan Skriniar memberitahu Gazetta Dello Sport: “Ada beberapa perkara yang tidak seharusnya ada dalam bola sepak.”
Seorang pengguna twitter telah memuat naik video yang dengan jelas menunjukkan insiden tersebut berlaku.
Went to Cagliari vs Inter. Pretty clear racist chants #Lukaku pic.twitter.com/9sLXZJXSbx
— Underground Barbershop (@ugbarbershop23) September 1, 2019