Lazio bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Juventus 3-1 untuk kekalahan pertama kelab dari Turin itu pada musim ini.
Juventus melalui 19 perlawanan di semua pertandingan tanpa kekalahan di bawah pengendali baharu, Maurizo Sarri mendahului melalui jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-25 perlawanan.
Juventus manager Maurizio Sarri remains positive despite earning their first defeat of the season in any competition against Lazio.
“We lost the match, but to be honest, I saw improvements in my team.” pic.twitter.com/idZVRz5ORu
— SBOBET (@SBOBET) December 8, 2019
Namun begitu, Lazio berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama untuk kedudukan terikat 1-1 menerusi Luis Felipe.
Perlawanan itu jelas berubah arah apabila pemain bek sayap Juventus, Juan Cuadrado dilayangka kad merah oleh pengadil selepas jelas mengasari Manuel Lazzari.
Champions Juventus, stunned by high-flying Lazio in a 3 – 1 win for Simeone Inzaghi’s men. Juventus now lag Inter by two points…
Too early for a scare? ? pic.twitter.com/WkRbixicNx
— The Football Club (@FootballClubNG) December 8, 2019
Lima minit selepas insiden itu, Sergej Minlinkovic-Savic memberikan pendahuluan buat Lazio selepas menyudahkan hantaran Luis Alberto.
Drama dalam perlawanan ini berterusan selepas penyerang Lazio, selepas sepakan penalti Ciro Immobile diselamatkan Wojciech Szczesny, sebelum pemain gantian menjadikan kedudukan 3-1 pada masa tambahan perlawanan.
Walaupun tewas, Juventus kekal berada di kedudukan kedua Serie A di belakang Inter Milan dengan 36 mata dari 15 perlawanan.
Lazio yang berada di tangga ketiga pula hanya ketinggalan tiga mata di belakang Juventus, selepas merekodkan kemenangan ketujuh berturut-turut di perlawanan liga.