Serie A: Kemarau Jaringan Sepakan Percuma Cristiano Ronaldo Berakhir

Cristiano Ronaldo

Penantian panjang Cristiano Ronaldo sejak beliau mula menyarung jersi Juventus kini sudah berakhir apabila beliau berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada aksi Serie A bertemu Torino, semalam.

Sejak menyertai Juventus pada 10 Julai 2018, Ronaldo yang cukup terkenal dengan kepakarann tersebut terutamanya ketika menjadi sandaran utama Real Madrid sentiasa dirundung kecewa setelah 42 sepakan percuma diambil gagal untuk membolosi gawang pasukan lawan.

Sehubungan dengan itu, Ronaldo merasakan jaringan yang terhasil dalam membantu Juventus mencatatkan kemenangan 4-1 tersebut telah mengembalikan keyakinannya untuk terus menghasilkan jaringan menerusi situasi bola mati itu.

”Saya sangat memerlukan jaringan menerusi sepakan percuma ini agar saya dapat memperoleh keyakinan,” ujar Cristiano Ronaldo menurut laporan Goal.

”Kami tahu bahawa ini akan menjadi perlawanan yang sukar buat kami, tetapi kami telah bekerja dengan keras untuk meraih kemenangan.”

”Ketika ini kami meletakkan tekanan buat Lazio. Kami telah mencapai objektif yang telah ditetapkan pada perlawanan hari ini [semalam].”

”Tidak menjadi masalah sesiapa yang menjaringkan gol, selagi anda menang sebagai satu pasukan. Kami berada dalam keadaan yang baik dan cuba untuk menang pada perlawanan menentang Milan, di mana ia juga merupakan perlawanan yang sukar.”

Lebih manis buat Ronaldo, jaringan yang dihasilkan itu merupakan gol ke-25 buatnya dalam saingan Serie A musim ini. Jumlah tersebut menjadikannya sebagai pemain Juventus pertama yang berjaya meledakkan 25 gol dalam aksi liga sejak tahun 1961.

Perlawanan di Allianz Stadium itu menyaksikan Juventus mendahului Torino 2-1 pada separuh masa pertama apabila Paulo Dybala dan Juan Cuadrado meletakkan nama selaku penjaring pada minit ketiga dan ke-29 perlawanan sebelum Andrea Bellotti merapatkan jurang gol pada lewat aksi 45 minit pertama.

Jaringan sepakan percuma Ronaldo meletakkan The Old Lady selesa di minit ke-51 dan Koffi Djidji tertampan bola ke gawang sendiri untuk perlawanan berkesudahan 4-1 memihak juara bertahan Serie A tersebut.

Malang menimpa pesaing terdekat, Lazio apabila mereka kecundang 0-3 di tangan AC Milan yang menjadikan Juventus memiliki kelebihan tujuh mata berbanding pasukan di tempat kedua itu.

Kredit featured image: Juventus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN