Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol pertamanya sejak kembali ke AC Milan untuk membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Cagliari di tempat lawan pada Sabtu bagi menamatkan rentetetan tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Serie A.
Penyerang Sweden yang menyertai kelab Itali tersebut buat kali kedua secara percuma pada bulan ini telah menyumbat gol kedua pasukannya pada minit ke-64 menerusi penyudah cantik.
Ibrahimovic diturunkan buat kali pertama ketika Milan diikat 0-0 dengan Sampdoria sebelum ini. Dengan gol pertamanya pada tahun ini, ia menjadikan beliau muncul pemain yang menjaringkan gol dalam empat dekad yang berbeza.
⚽️ 1990s: 1 goal
⚽️ 2000s: 169 goals
⚽️ 2010s: 304 goals
⚽️ 2020s: 1 goal
🗓️ Four decades
🏟️ Nine clubs
🌏 Seven countries🤩👏 The ageless Zlatan Ibrahimovic has scored his first goal since returning to AC Milan! pic.twitter.com/UhdYc7GRJX
— Sport on Sporting Life (@SLSport_) January 11, 2020
Keputusan itu melonjak Milan ke tangga kelapan dengan 25 mata sekaligus mengakhiri tiga perlawanan tanpa kemenangan serta tanpa sebarang jaringan gol sebelum ini.
“Ianya penting untuk seorang penyerang menjaringkan gol, ada masa berjaya dan ada masanya juga tidak,” kata Ibrahimovic kepada Sky Italia.
“Saya rasa keadaan saya baik sahaja walaupun saya ada merasa sedikit tidak kena pada permulaan permainan, tetapi saya masih perlukan beberapa perlawanan lagi untuk kembali ke prestasi terbaik.
God mode celebration 🔛#IZBACK #CagliariMilan #SempreMilan pic.twitter.com/CqHqF7RvGB
— AC Milan (@acmilan) January 11, 2020
“Jurulatih mungkin sering memikirkan soal umur saya, tetapi ianya bukan satu masalah. Minda saya masih tajam dan fizikal saya akan mengikutnya.”
Jurulatih Milan, Stafano Pioli menggandingkan Ibrahimovic bersama Rafael Leao di barisan serangan dengan beliau menggunakan formasi 4-4-2.
Penyerang berusia 38 tahun itu hampir menjaringkan gol pada babak pertama namun tandukannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Robin Olsen.
Pasukan perlawat akhirnya berjaya menembusi gawang tuan rumah hanya seminit selepas separuh masa kedua bermula apabila Leao menyudahkan hantaran jauh Samu Castillejo dengan sepakan yang terbias pada kaki pertahanan lawan.
🔴 @RafaeLeao7 ⚫️#CagliariMilan #SempreMilan pic.twitter.com/NopOEs8RYU
— AC Milan (@acmilan) January 11, 2020
Ibrahimovic kemudian menjaringkan gol kedua menerusi rembatan kaki kiri di dalam kotak penalti selepas menerima hantaran lintang rendah dari kiri. Beliau kemudian menyangka telah menjaringkan gol kedua pada lewat permainan, tetapi golnya dibatalkan kerana ofsaid.
Sementera itu Cagliari pula mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut dalam liga tetapi masih kekal di kedudukan keenam dengan 29 mata.