Pemain pertahanan yang dipinjam dari Manchester United, Chris Smalling menjaringkan satu gol, dan menghasilkan dua bantuan gol untuk membantu Roma menewaskan Brescia 3-0 pada malam tadi.
Smalling menyertai Roma secara pinjaman selama semusim membuka jaringan untuk Roma apabila menanduk masuk sepakan sudut Lorenzo Pellegrini, selepas bola terbias pemain pertahanan Brescia, Andrea Cistana pada minit ke-49.
2 – Chris #Smalling is the first english player to score at least 2 goals in the same Serie A campaign since David Beckham (2008/09 for AC Milan). Lord. #RomaBrescia pic.twitter.com/bFw2fL86Ef
— OptaPaolo (@OptaPaolo) November 24, 2019
Minit ke-57 kemudian, Smalling menghasilan satu bantuan gol dengan tandukan ke kebelakan yang deras untuk menyambut hantaran lintang Justin Kluivert, sebelum bola disambut dengan sepakan akrobatik Gianluca Mancini untuk Roma melebarkan pendahuluan.
Nicolo Zaniolo menjangkakan beliau berjaya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-63 tetapi jaringan beliau dibatalkan oleh Video Pembantu Pengadil (VAR) kerana bola telah keluar terlebih dahulu.
⏹️ | FULL-TIME | ⏹️
Three goals and three points – Smalling, Mancini and Dzeko with the goals today! DAJE! ?#ASRoma #RomaBrescia pic.twitter.com/fgEd5F7V3S
— AS Roma English (@ASRomaEN) November 24, 2019
Tiga minit kemudian, satu lagi tandukan dari Smalling disempurnakan oleh Edin Dzeko dari jarak dekat. Gol itu diselidiki oleh VAR sebelum disahkan sebagai jaringan.
“Ia adalah permulaan baik selepas tempoh rehat antarabangsa,” kata Smalling selepas tamat perlawanan.
“Kami akan melalui beberapa perlawanan penting selepas ini, dan keyakinan semua pemain kini amat baik.”