Serie A 2020/21: Rekod Tanpa Kalah AC Milan Lebur Di Tangan Juventus

AC Milan Juventus

Rekod tanpa kalah pendahulu Serie A 2020/21, AC Milan berakhir apabila skuad Rossoneri itu tumbang 1-3 di tangan kelab gergasi yang merupakan juara bertahan, Juventus pada aksi di San Siro, awal pagi tadi.

Dua pemain meningkat naik, Federico Chiesa dan Weston McKennie menjadi duri dalam daging buat AC Milan apabila mereka berjaya mencipta jaringan dalam membantu Juventus mencatatkan kemenangan kelapan itu.

Kesilapan pemain Juventus, Rodrigo Bentancur dalam kawasan penalti hampir dihukum Samu Castillejo tetapi percubaan leret menggunakan kaki kiri diledakkan pemain kelahiran Malaga, Sepanyol itu berjaya ditepis keluar penjaga gol, Wojciech Szczesny seawal minit ketujuh perlawanan.

Chiesa terlepas peluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas percubaan menariknya sekadar singgah di tiang gol AC Milan.

Beliau menebus kehampaan itu berselang tiga minit kemudian susulan kombinasi kemasnya bersama Paulo Dybala yang melakukan hantaran ‘backheel’ ke dalam kawasan penaltu lalu disudahkan dengan baik anak kepada Enrico Chiesa itu.

Enggan terus ditekan, barisan pemain AC Milan kembali tampil dengan bertenaga dan berupaya menjelmakan tiga ancaman ke kubu pasukan lawan tetapi Szczesny  cemerlang menafikan percubaan daripada Rafael Leao dan Hakan Calhanoglu.

Kecemerlangan Szczesny terhenti pada minit ke-41 apabila beliau hanya mampu melihat tolakan lambung Davide Calabria dalam kawasan penalti untuk kedudukan kembali terikat sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki minit ke-60, Chiesa sekali lagi meletakkan Juventus di depan dan juga merupakan jaringan kedua peribadinya pada perlawanan ini apabila percubaan ‘placing’ kaki kirinya tidak mampu dihalang penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.

Kedudukan terus berubah di minit ke-76 selepas McKennie melepaskan rembatan jarak dekat hasil daripada gerakan solo Dejan Kulusevksi yang kemudiannya melakukan hantaran kepada pemain kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan AC Milan di tangga teratas kerana pesaing utama yang merupakan musuh tradisi, Inter Milan tumpas 1-2 pada pertemuan menentang Sampdoria. Ini bermakna skuad bimbingan Stefano Pioli itu masih memiliki kelebihan satu mata di hadapan Inter Milan.

Manakala, Juventus pula kini di tangga keempat hasil lapan kemenangan, enam keputusan seri dan satu kekalahan untuk mengumpul 30 mata.

Kredit featured image: Jonathan Moscrop/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai AC Milan:

Jens Petter Hauge: Budak Ajaib AC Milan Dari Wilayah Bodø

Ibrahimovic Adalah Kunci Kepada Kelahiran ‘Generasi Emas’ AC Milan

Carlo Ancelotti: Impak Paolo Maldini Juga Bantu Kebangkitan AC Milan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN