Romelu Lukaku menjaringkan satu gol di debut Serie A beliau bersama Inter Milan, untuk menang mudah menentang Leece yang beraksi dengan 10 pemain.
Penyerang antarabangsa Belgium itu menyertai Inter dengan nilai £74 juta dari Manchester United pada 8 Ogos lalu, mudah menolak masuk jaringan beliau pada minit ke-60 perlawanan.
Sebelum itu Marceli Brozovic meletakkan Inter di hadapan pada minit ke-21, sebelum selang tiga minit kemudian Stefano Sensi memastikan Inter mulai selesa pada kedudukan 2-0.
Romelu Lukaku has now scored on his league debut for each of his last four clubs:
✓ West Brom
✓ Everton
✓ Man Utd
✓ Inter MilanHe doesn’t take long to get started. ?⚫️ pic.twitter.com/t5ECfySWMe
— Squawka Football (@Squawka) August 26, 2019
Rembatan Antonio Candreva dari luar kotak penalti pada minit ke-84 melengkapkan kemenangan bergaya Inter selepas pemain Leece, Diego Farias dilayangkan kad merah kerana kekasaran.
Lukaku menjaringkan 42 gol dalam 96 perlawanan untuk United selepas berpindah dari Everton dengan nilai £75 juta pada Julai 2017 – kini berjaya menjaringkan gol pada debut bersama semua empat kelab yang beliau pernah sertai.
Lukaku adalah sasaran utama Antonio Conte, setelah bekas pengendali Juventus dan Chelsea itu mengambil alih jawatan jurulatih dari Luciano Spalletti pada Mei lalu.