Tandukan menakjubkan Cristiano Ronaldo ketika berdepan Sampdoria telah menghadiahkan tiga mata buat Juventus selepas menang dengan keputusan 2-1 untuk menghantar pasukan itu mengungguli carta Serie A.
Ronaldo melonjak setinggi 2.56 meter mengatasi pertahanan Sampdoria untuk menanduk bola hantaran lintang Alex Sandro dan menewaskan Emil Audero. Lompatan tinggi itu diibaratkan seperti pemain bola keranjang NBA.
Sebelum itu rembatan voli kaki kiri Paulo Dybala meletakkan juara bertahan itu di depan sebelum Gianluca Caprari menyamakan kedudukan. Tetapi jaringan luar biasa dari Ronaldo itu telah memberikan gol kemenangan yang diperlukan.
CR7 AIR JORDAN!!✈️😅#forzajuve #finoallafine pic.twitter.com/rXvhu08qIs
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 18, 2019
Ronaldo kemudian dinafikan gol kedua peribadinya pada penghujung permainan sebelum penjaring gol Sampdoria, Caprari dibuang padang kerena menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan.
“Seluruh ahli pasukan menunjukan sikap yang positif. Ianya gol yang bagus dan saya senang hari dapat membantu pasukan sekali lagi meraih tiga mata penuh,” ujar Ronaldo kepada Sky Italia.
“Saya menghadapi masalah dengan lutut saya selama sebulan, tetapi sekarang ini ianya [sakit] sudah hilang dan fizikal saya kini dalam keadaan baik.”
Perlawanan tersebut juga amat bermakna buat penjaga gol veteren, Gianluigi Buffon yang menyamai rekod penampilan terbanyak Serie A milik Paulo Maldini sebanyak 647 penampilan.
Serie A all-time appearances record:
1️⃣ Gianluigi Buffon – 647.
◾️ Paolo Maldini – 647.
3️⃣ Francesco Totti – 619.
4️⃣ Javier Zanetti – 615.
5️⃣ Gianluca Pagliuca – 592. pic.twitter.com/3qpHtnSD1M
— D O F (At 🏠) (@theDOFootball) December 18, 2019
Penjaga gol berusia 41 tahun itu turut memecahkan rekod penampilan terbanyak Serie A bagi pemain Juventus dengan 479 penampilan yang sebelum ini dipegang oleh Alessandro Del Piero.
Buffon memulakan kariernya bersama Parma di mana beliau menjuarai Piala UEFA dan Coppa Italia pada tahun 1999 sebelum berpindah ke Juventus dua tahun kemudian.
Juventus kini mendahului liga dengan 42 mata mengatasi Inter Milan di tempat kedua yang ketinggalan tiga mata tetapi masa ada satu perlawanan di dalam tangan. Sampdoria pula terperosok di tangga ke-17 dengan hanya dua mata dari zon penyingkiran.
PINPOINT! 🎯💎🙌#SampJuve #ForzaJuve pic.twitter.com/PhevgfeRrs
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) December 18, 2019
Sementara itu, Maurizio Sarri terus menggunakan trio penyerang Ronaldo, Dybala dan Gonzalo Higuain di bahagian serangan untuk dua perlawanan berturut-turut.