Sergio Ramos: “Saya Dan Pique Masih Gembira Bersama”

Di sebalik kemelut politik yang menimpa Sepanyol dan Catalonia, kapten pasukan kebangsaan Sepanyol, Sergio Ramos memberitahu yang beliau dan Pique mesra seperti biasa.

Pique yang sebelum ini dengan terbuka menyatakan beliau turun mengundi di dalam referendum Catalan yang tidak diiktiraf kerajaan Sepanyol.

Di kem Sepanyol sebelum ini, pada minggu antarabangsa yang lalu, penyokong Sepanyol meminta Pique keluar daripada pasukan. Namun jurulatih beliau berkata, Pique tetap komited dengan tugasannya.

Sergio Ramos ditanya tentang hubungan beliau dengan Pique selepas referendum tersebut. Ini kerana mereka berdua memang musuh el clasico tetapi di kem Sepanyol mereka paling rapat.

Selepas Pique dengan terbuka menyokong referendum Catalan, Ramos juga memberitahu kekecewaan beliau ke atas rakannya yang membuat kenyataan terbuka itu.

Namun begitu, Ramos berlapang dada dan cuba menerima perbezaan pandangan politik Pique.

Mereka berbeza pandangan politik. Tetapi secara profesional, Ramos dan Pique tidak terbawa-bawa soal politik ke dalam pasukan Sepanyol.

Ramos mengakui yang politik memberikan impak yang sukar kepada kem bola sepak Sepanyol tetapi beliau memuji sikap Pique yang tidak mudah melenting ketika diejek penyokong dan terus fokus di dalam padang. Ramos berkata:

“Ianya menyakitkan pasukan kebangsaan. Saya lebih sukakan suasana ceria di dalam pasukan. Sebagai kapten saya kena peka dengan semua keadaan dalam pasukan ini.”

“Sikap Pique sentiasa terpuji walaupun ramai memikirkan yang beliau adalah sebaliknya.”

“Jika dibandingkan hubungan kami dengan sebelum ini, saya boleh katakan kami masih lagi gembira bersama-sama dalam satu pasukan.”

“Saya dan Pique menghormati antara satu sama lain kerana kami bermain dalam satu pasukan yang sama dan juga salah satu pasangan bek tengah terbaik di dunia.”

“Apabila anda membesar sebagai seorang yang matang, anda akan mengenepikan beberapa perkara dan itu yang akan membuatkan hubungan anda lebih baik.”

Ramos tidak mahu memberikan komen tentang kemerdekaan Catalonia kerana beliau tahu masing-masing ada pandangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN