Sergio Ramos: Maradona 1 Tahun Cahaya Di Belakang Lionel Messi

Kapten Real Madrid- Sergio Ramos tidak gembira dengan kritikan Maradona ke atas beliau. Lalu Sergio Ramos turut mengingatkan Maradona bahawa; Di Argentina kini Lionel Messi adalah yang terbaik sepanjang zaman.

Maradona pada minggu lalu melabel Sergio Ramos di belakang Diego Godin dari segi siapa pertahanan lebih baik.

Selepas kemenangan 1-0 ke atas Iran, Sergio Ramos menggunakan kesempatan di hadapan media untuk membalas balik apa yang Maradona katakan tentang beliau. Ramos jelas tak gembira dibanding-dibandingkan dengan Diego Godin yang merupakan pemain seteru sebandar Real Madrid iaitu Atletico Madrid.

Ramos berkata: “Saya hormati Maradona. Dan saya tahu beliau seorang pemain yang hebat. Namun begitu di Argentina semua orang tahu pada hari ini Maradona sudah 1 tahun cahaya di belakang pemain terbaik dalam sejarah negara itu – iaitu Lionel Messi. Ini adalah pandangan saya.”

Maradona menjadi wira Argentina dalam membawa pulang Piala Dunia 1986 ke negara tersebut. Boleh dikatakan Maradona memikul pasukan Argentina berseorangan di dalam temasya tersebut.

Selain daripada menembak balik Diego Maradona, Sergio Ramos turut mengutuk corak taktikal Iran yang disifatkan beliau sebagai anti bola sepak.

“Mereka [Iran] suka melengahkan perlawanan. Kami pula seperti hari-hari kami sebelum ini – mahukan kemenangan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN