Pemain Real Madrid, Sergio Ramos mendambakan dirinya untuk menerima lebih banyak hormat daripada orang ramai.
Hal ini kerana, beliau menyifatkan dirinya dilayan dengan tidak baik sekali ketika bersama-sama Real Madrid dalam usaha memenangi Piala Dunia Kelab yang ketiga berturut-turut.
Menurut laman Independent, Ramos mengatakan layanan yang diterima beliau ketika di Abu Dhabi sememangnya teruk apabila penyokong lawan akan memberikan sorakan boo kepada dirinya setiap kali Real Madrid beraksi.
Hal ini dipercayai berpunca hasil dari semangat solidariti penyokong tempatan terhadap Mohamed Salah yang menjadi mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir UEFA Champions League musim lalu kerana Ramos.
“Saya faham. (sorakan boo yang ditujukan kepada beliau)”
“Sorakan boo yang diberikan itu melampau. Pada saya, anda patut menghormati orang-orang dalam bola sepak ini.”
Walaupun mengharungi detik sukar di Abu Dhabi kerana layanan buruk penyokong tempatan terhadap beliau, Ramos tetap gembira kerana pasukannya muncul juara.
Real Madrid menewaskan Al-Ain dengan jaringan mudah 4-1 dengan Ramos sendiri turut menjaringkan gol untuk gergasi Sepanyol itu.
3 lagi gol dihasilkan oleh Luka Modric, Marcos Llorente dan juga gol sendiri oleh Yahia Nader.
Sementara gol tunggal Al-Ain dihasilkan oleh Tsukasa Shiotani.
Ia merupakan satu pengubat kepada duka yang dihadapi oleh Real Madrid kerana mengharungi musim yang tidak begitu baik pasca era Cristiano Ronaldo.
Dari sudut saingan tempatan, mereka jelas ketinggalan di belakang musuh utama – Barcelona.