Sergio Ramos Cipta Rekod Untuk Sepanyol, Kini Sasar Rekod Dunia Pemain Mesir

Luis Enrique
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Sergio Ramos kini adalah pemain ‘outfield’ – bukan penjaga gol – yang paling banyak melakukan penampilan antarabangsa ketika membantu Sepanyol mengikat Norway 1-1 di pusingan kelayakan Euro 2020 pada awal pagi tadi.

Ia juga adalah rekod kebangsaan, apabila penampilan ke-168 beliau memadam rekod yang dipegang Iker Casillas untuk penampilan terbanyak bersama Sepanyol.

Jaringan Saul Niguez pada babak kedua perlawanan memberikan pendahuluan untuk Sepanyol dalam perlawanan ini.

Namun sepakan penalti oleh Josh King pada masa kecederaan akhirnya meleburkan rekod 100% kemenangan Sepanyol dalam saingan Kumpulan F.

La Rojas kini memerlukan hanya satu mata sahaja lagi untuk memastikan layak ke kejohanan Euro 2020 – yang dianjurkan secara bersama oleh pelbagai negara.

“Semua itu sekadar rekod peribadi dan merupakan perkara kedua terutama,” ujar Ramos selepas tamat perlawanan.

“Saya lebih gebira jika rekod ini digantikan dengan kemenangan. Namun ia tidak berlaku sedemikian. Rekod ini adalah ibarat satu anugerah selepas beberapa tahun dan akan menjadi satu kebangaan.

“Saya sentiasa beremosi setiap kali menyarung jersi negara. Itu tidak akan berubah, dan saya berharap akan terus bermain di peringkat ini untuk tahun mendatang.”

Pemain pertahanan Real Madrid berusia 33 tahun ini melakukan penampilan pertama di pentas antarabangsa pada 2005, dan merupakan pemain terakhir dari generasi emas Sepanyol uang menjuarai Piala Dunia dan dua kejuaraan Euro.

Ramos memintas rekod yang dipegang oleh pemain Latvia, Vitalijs Astafjevs sebagai pemain paling banyak melakukan penampilan di eropah (bukan penjaga gol), dan hanya kurang lapan perlawanan untuk memintas rekod Gianluigi Buffon.

Buffon adalah pemain yang paling banyak melakukan penampilan di pentas antarabangsa dari benua Eropah selepas tampil dalam 176 perlawanan untuk Itali.

Rekod dunia pula dipegang oleg pemain tengah, Ahmed Hassan dengan 184 penampilan untuk Mesir, yang dilakukan diantara 1995 sehingga 2012.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN