Kapten Real Madrid telah membalas balik komen panas Gerard Pique ke atas Real Madrid pada Selasa lalu.
Mungkin untuk pembaca semuanyaBOLA, perkara ini sudah biasa untuk kita. Kita memang tahu 2 pemain ini, asal lepas sahaja minggu antarabangsa, mulalah mereka.
Bila tiba minggu antarabangsa, ada yang mengakui rindu nak memeluk satu sama lain setelah lama tidak bersama.
Apa pula yang Pique telah katakan kali ini?
Pique telah memberikan respon kepada wartawan yang bertanya tentang pendapat beliau apabila Raul Gonzales memberitahu beliau terbuka untuk menguruskan Barcelona pada suatu hari nanti.
Pique berkata:
“Saya tidak suka sangat dengan nilai-nilai yang ada pada Real Madrid. Namun ada beberapa pemain di sana yang saya sangat hormati dan mereka juga kawan saya.”
“Saya tidak pernah meragui kesetiaan Raul kepada Real Madrid. Namun kalau saya (di tempat beliau), saya tidak akan pernah berminat bekerja untuk Real Madrid.”
“Apa yang saya benci tentang Real Madrid adalah orang-orang yang dalam bilik VIP tu. Orang-orang di situ yang suka menuduh Messi dan Neymar diberikan layanan yang berbeza dengan Cristiano Ronaldo.”
“Saya tidak tahu nama-nama ‘juri’ tersebut. Di sini, kami juga tidak ada tabiat suka menyenarai hitam pemain seperti Mourinho.”
Pique merujuk kepada layanan Mourinho kepada Pepe, dan Iker Casillas dan kerap memerap beberapa pemain di bangku simpanan walaupun pemain tersebut masih berkualiti.
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos membalas:
“Apa yang Pique katakan itu tidak akan mengubah apa-apa nilai kelab ini, lencana, sejarah dan kejuaraan kami.”
“Ia tidak akan mengurangkan ‘tahun’ mereka dengan yang kami miliki dan ia tidak akan mengambil kejuaraan yang kami miliki.”
“Dia hanya bercakap benda provokasi untuk dipampang pada tajuk utama akhbar dan kami sudah lali dengannya.”
“Hampir semua pengurusan akan berbuat benda yang sama jika perlu. Pengurusan Barcelona pun harus lebih diamlah selepas ini sekiranya ada isu tertentu.”
mengur
“Ini sudah sebahagian daripada perangai Pique. Kita tidak mampu mengubah dia, sebab dia sudah 30 tahun.”
“Kita hanya perlu menikmati aksi dia sebagai pemain bola sepak ketika berada di padang. Kami juga perlu lebih kerap memakai jersi putih , kerana ia nampak sangat sesuai dengannya.”
Wartawan bertanya, adakah penyokong dan kem Real Madrid akan tergganggu dengan kenyataan Pique ini. Ramos berkata:
“Saya tidak rasa kami Real Madrid akan marah dengan kenyataan ini. Kami akan terganggu jika ia keluar dari mulut Iniesta. Tapi itu Pique..”