Sergio Aguero Beri Kyle Walker Mimpi Ngeri, Kini Lega Sama Pasukan

Kyle Walker menjelaskan bahawa Sergio Aguero memberikan beliau mimpi ngeri ketika beliau masih beraksi bersama Tottenham Hotspur.
Walker memilih untuk menyertai skuad bimbingan Pep Guardiola pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai perpindahan yang boleh mencecah nilai £50 juta

Untuk itu, Kyle Walker meluahkan rasa bersyukur kerana tidak lagi perlu untuk berhadapan dengan penyerang antarabangsa Argentina itu.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Kyle Walker terpaksa berhadapan dengan Sergio Aguero sepanjang bersama Tottenham Hotspur ketika berhadapan dengan Manchester City.

Dan berdasarkan pengalaman beliau ketika berhadapan dengan pemain kelahiran Buenos Aries itu, ia bukan tugasan yang mudah untuk merantai Aguero.

“Untuk beraksi berhadapan dengan Aguero, ia adalah mimpi ngeri. Aguero sering menjaringkan gol ketika berhadapan dengan kami. Ia sentiasa mengecewakan,” ujar Walker dalam satu sidang media sempena perlawanan Champions League minggu ini.

“Untuk bermain sepasukan dengan Aguero adalah satu bonus. Beliau adalah pemain yang berkualiti. Anda boleh saksikan bagaimana Aguero melakukannya di EPL.”

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Di Mancehster City, kini ia adalah cerita berbeza. Walaupun anda bermain dalam perlawanan yang sukar dan tidak menunjukkan prestasi sepatutnya, anda tahu Aguero akan melakukan sesuatu yang akan memberikan kelebihan buat pasukan.”

“Aguero akan sentiasa menjaringkan gol kemenangan atau pun memberikan jaringan gol untuk mengembalikan kami ke dalam saingan jika ketinggalan.”

Sergio Aguero menyertai Manchester City pada 2011 dari Atletico Madrid dan kini merupakan pemain kedua dengan rekod jaringan terbanyak kelab berkenaan.

(Photo by Tom Flathers/Manchester City FC via Getty Images)

Aguero telah menjaringkan 176 gol dari keseluruhan 260 penampilan untuk City dalam semua pertandingan. Kini beliau hanya memerlukan satu lagi jaringan untuk menyamai rekod yang dipegang oleh Eric Brook yang menjaringkan 177 gol di antara 1927 sehingga 1940.

Malah sejak tiba di Liga Perdana Inggeris, tidak ada pemain lain yang menjaringkan gol sebanyak yang dihasilkan oleh Aguero. Pemain antarabangsa Argentina itu telah menjaringkan 128 gol dalam saingan EPL setakat ini.

(Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

Romelu Lukaku yang menyertai Manchester United pada musim ini berada di belakang Aguero dengan 91 gol. Manakala bekas kapten Manchester United dan kini bersama Everton, Wayne Rooney berada di tangga ke-3 dengan 83 jaringan.

Jika 5 liga utama di eropah dijadikan perbandingan, hanya Lionel Messi (189), Cristiano Ronaldo (173) dan Luis Suarez (152) yang berada di hadapan Aguero dari segi jumlah jaringan terkumpul di dalam liga.

Rekod Aguero pada masa ini turut menyamai pencapaian Robert Lewandowski di Bundesliga.

Sumber:

1. Mohammed Moallim, Squawka (2017): Kyle Walker: Sergio Aguero a “nightmare” when I was at Spurs; http://www.squawka.com/news/kyle-walker-sergio-aguero-a-nightmare-when-i-was-at-spurs/994004#eTkWKDlb007bUjMx.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN