Sergio Aguero Terus Kekal Bersama Sri Pahang Musim Hadapan

Sri Pahang dijangka bakal bertambah kuat pada musim hadapan selepas pemain naturalisasi mereka, Sergio Aguero dinyatakan kekal bersama pasukan tersebut untuk tahun 2023.

Aguero antara bintang terbaharu yang diberi taraf naturalisasi sebagai pemain tempatan bersama pasangannya yang juga beraksi untuk Sri Pahang, Lee Tuck.

Pemain ini tidak dapat diturunkan pada awal musim oleh Sri Pahang kerana proses pendaftaran yang dibuat ketika itu masih lagi belum diluluskan.

Beliau juga buat pertama kali mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan selepas sah menjadi warganegara Malaysia bersama Lee Tuck selain David Rowley.

Penyerang berusia 28 tahun ini bukan lagi satu nama yang asing dalam bola sepak tempatan selepas beliau mula menyertai Liga Malaysia (Liga-M) sejak 2017 untuk mewakili Melaka United.

Selain mewakili Melaka United, Aguero juga telah menyertai beberapa kelab lagi selepas itu selaku pemain import dalam Malaysia seperti Selangor United, Penang, Kuala Lumpur Rovers, dan Sri Pahang.

Malah, beliau juga sempat beraksi bersama Perak pada musim lalu selaku status pemain pinjaman daripada Sri Pahang untuk menjadi salah satu tonggak serangan.

Menurut perkongsian yang dinyatakan oleh wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran di Twitter, Aguero telah pun melanjutkan kontrak baharunya bersama Sri Pahang pada musim hadapan.

“Sergio Aguero telah pun melanjutkan kontraknya untuk kekal bersama Sri Pahang bagi persaingan musim baharu,” jelas beliau.

Dengan kehadiran bekas penyerang FC Tatabanya itu, menyaksikan Malaysia kini sudah pun mempunyai lima pemain naturalisasi yang boleh memperkuatkan pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa pada masa akan datang.

Untuk saingan Piala AFF ini, Kim Pan-gon tidak menyenaraikan Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi, dan Mamadou Sumareh untuk menyertai kem latihan pusat, sebaliknya membawa dua nama baharu iaitu Aguero dan Lee Tuck.

Namun peluang untuk Aguero beraksi di saingan tersebut masih lagi belum terbuka luas kerana senarai yang dipanggil ini masih belum disaring untuk pemilihan terakhir, dan akan dibuat selepas Malaysia menghadapi dua aksi persahabatan.

Kehadiran dua pemain naturalisasi itu pastinya meninggalkan pelbagai persoalan jika mereka mampu memberi impak besar buat pasukan negara, atau terus menjadi beban seperti sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN