Sergio Aguero Sentiasa Harap Untuk Berbakti Bersama Malaysia

Sergio Aguero mungkin boleh dianggap sebagai antara pemain yang memiliki semangat serta cintakan Malaysia walaupun beliau berstatus naturalisasi sahaja bersama pasukan kebangsaan.

Apa tidaknya, beliau sendiri mengakui sentiasa bersemangat dan sentiasa berharap bakal terus dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan selain ingin membuktikan kemampuan di hadapan para penyokong Harimau Malaya.

Sejak mendapat status kerakyatan pada tahun 2022, pemain ini dilihat tampil berdedikasi untuk menjadi rakyat Malaysia dan terus membuktikan dirinya masih lagi relevan untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa hadapan.

Penantian beliau berbaloi sejak kali terakhir beliau menyarung jersi kebangsaan pada bulan Jun lalu ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Taiwan.

Kali ini, nama Aguero terus menjadi kepercayaan Pau Marti Vicente untuk bersama-sama Harimau Malaya memperkukuhkan jentera hadapan bagi menghadapi perlawanan menentang India serta Laos.

Malah, pemain tonggak Sri Pahang itu juga memasang impian untuk cuba melayakkan diri bersama Malaysia bagi mengharungi saingan AFF yang akan bermula tidak lama sahaja lagi.

Pada saingan AFF 2022 lalu, Aguero tampil dengan cukup menyakinkan apabila dirinya meledak dua gol serta membantu Malaysia melayakkan diri ke pusingan separuh akhir berdepan Thailand.

“Saya sentiasa berharap untuk berada di sini (bersama skuad). Saya akan cuba memberikan yang terbaik buat skuad kebangsaan dan juga untuk disenaraikan ke Piala AFF 2024.

“Saya sangat berharap untuk dipanggil kerana dalam edisi lepas, saya berpeluang bermain dan rasa sangat gembira,” kata Aguero menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Berkelebihan beraksi selaku penyerang utama, penyerang kedua, serta tengah menyerang, sudah tentu Aguero sedia menggunakan segala pengalaman serta aset beliau untuk mencuri hati Pau Marti bagi dua perlawanan akan datang.

Untuk saingan domestik musim ini menyaksikan Aguero sudah meledak satu gol bersama satu bantuan jaringan bersama Tok Gajah daripada 11 penampilan secara keseluruhan.

Pemain kelahiran Argentina ini juga turut memiliki kemampuan untuk beraksi di posisi sayap kiri selepas ianya dibuktikan bawah kendalian Fandi Ahmad bersama Sri Pahang.

Kualiti kawalan bola, kreativiti mencipta hantaran, serta klinikal di hadapan gol sudah tentu akan digunakan Aguero untuk membuktikan dirinya masih relevan kini bersama Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN