Quantcast

BERITA

Sergio Aguero Perkuatkan Jentera Serangan Pulau Pinang

Skuad Harimau Kumbang manfaatkan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka minggu lepas apabila membawa masuk seorang pemain import baharu bagi menggantikan Sebastien Thuriere di posisi serangan.

Pemain tersebut ialah Sergio Fabian Ezequiel Agüero yang berusia 25 tahun dari Argentina. Berketinggian 175 cm, beliau boleh beraksi sebagai penyerang dan ‘attacking midfielder’ pernah bermain dalam Liga Super bersama skuad Melaka United pada tahun 2017 dan kemudian menyertai Selangor United pada musim ini.

Sepanjang mewakili Selangor United, beliau telah menjaringkan empat gol dalam lapan penampilan dengan pasukan itu. Kehadiran dalam skuad Pulau Pinang adalah untuk mengatasi masalah ketumpulan penyudah.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) turut menandatangani semula bekas pemain musim lalu, Syukur Saidin sehingga akhir musim.

Syukur, yang bersama Perlis pada awal musim telah berjaya menarik minat Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira untuk kembali menyarung jersi Pulau Pinang.

Mereka juga membawa masuk pemain pertahanan dari Melaka United secara pinjaman, Wan Mohd Syukri sehingga akhir musim. Wan Mohd Syukri telah berjaya menarik minat Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira untuk memperkuatkan pasukan itu dalam perlawanan yang seterusnya.