Sergio Aguero Paling Menonjol Walau Malaysia Terikat Seri Bersama Singapura

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain naturalisasi Malaysia iaitu Sergio Aguero menjadi bukti pemain negara berjuang berhabis-habisan ketika aksi keempat Asean Championship 2024 semalam ketika mereka sekadar terikat seri tanpa jaringan.

Keputusan seri itu juga menjadi detik terakhir perjuangan Malaysia di pentas Asean Championship musim ini selepas mereka disingkirkan oleh Thailand serta Singapura yang melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), jelas Malaysia lebih menguasai permainan dengan statistik juga menyaksikan Harimau Malaya lebih unggul daripada segi percubaan.

Namun entah di mana kurangnya, segala percubaan dicipta pasukan kebangsaan gagal diterjemahkan ke arah bentuk gol dan ia kekal sehingga ke wisel penamat.

Walaupun seri, ini juga menjadi antara aksi yang berkualiti ditampilkan oleh skuad kendalian Pau Marti Vicente sepanjang mengharungi cabaran getir di pentas Asia Tenggara itu.

Berikut merupakan tiga pemain pilihan kami yang dianggap tampil cemerlang walau sekadar terikat seri sewaktu bertemu pasukan pelawat di SNBJ.

Endrick dos Santos

Salah satu pemain paling menyerlah pada perlawanan semalam menerusi gerakan, serta pengaruh beliau di posisi hadapan Harimau Malaya di atas padang.

Boleh dianggap segala peluang Malaysia semalam banyak tercetus menerusi gerakan beliau yang rajin serta kreatif mencorakkan siri serangan skuad kebangsaan.

Malah, Endrick juga memiliki beberapa peluang menarik untuk mendapatkan gol buat skuad Harimau Malaya sebenarnya sebelum ia dinafikan oleh Izwan Mahbud serta nasib tidak menyebelahinya.

Jimmy Raymond

Buat pertama kali diturunkan selaku pemain sayap kanan, Jimmy memberikan aksi cukup menyakinkan terutama sekali di separuh masa pertama.

Kerajinan Jimmy yang kerap membantu siri serangan negara serta pertahanan jelas wajar dipuji selain stamina beliau dilihat langsung tidak terjejas walau menghadapi aksi berintensiti tinggi.

Kualiti Raymond daripada segi bantuan hantaran lintang dan disiplin bertahan menjadikan beliau wajar untuk menerima pujian penuh peminat.

Sergio Aguero

Ke mana sahaja bola berada, di situ Aguero sentiasa berada untuk memastikan aliran penguasaan menjadi milik Malaysia pada aksi tersebut.

Beraksi di posisi tengah, Aguero bertindak dengan baik untuk melancarkan siri serangan Malaysia selain cemerlang membantu rakan pertahanan lain.

Malah, beliau juga memiliki vokal cukup lantang di atas padang bersama semangat sangat tinggi untuk terus menaikkan motivasi rakan sepasukan lain.

Foto: Kamal Aziz Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN