Selepas Godwin Antwi disingkir Melaka United, seorang lagi pemain import hampir pasti disingkirkan mereka.
Menurut Berita Harian, Sergio Aguero kini bakal disingkirkan selepas tidak menepati standard yang dimahukan oleh pasukan.
Beliau kini bakal diganti dengan pemain baharu yang beraksi di bahagian tengah iaitu Felipe Souza.
Menurut laporan kami semalam, Souza sedang berada dalam pemilihan oleh pihak Melaka United dengan pemain seperti Amri Yahyah telah dilepaskan untuk sertai Selangor.
Kemasukan Souza dijangka akan melengkapkan slot 4 pemain import Melaka United bersama-sama Ilija Spasojevic, Jasmin Mecinović dan juga Jeon Woo Young.
Namun buat masa ini, Souza bakal diuji dalam perlawanan persahabatan menentang PKNP FC yang akan dilangsungkan di Stadium Hang Jebat.
Dalam masa yang sama, andai Souza tidak berjaya menambat hati Eric Williams. Maka Williams akan memilih untuk mendapatkan pemain lain untuk slot pemain import ke-4.
Eric dijangka memanggil semula bekas pemain import Melaka United iaitu Labinot Harbuzi untuk kembali memperkuatkan semula barisan mereka yang sedia ada.