Sergej Milinkovic-Savic Kembali Dalam Radar Manchester United

Manchester United dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lazio, Segej Milinkovic-Savic. Menurut Sky Italia, kelab Inggeris itu harus membayar £90 juta untuk jika benar mahukan pemain berusia 24 tahun itu di Old Trafford pada musim hadapan – dan tidak bercadang untuk menurukan nilai tersebut.

Milinkovic-Savic menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Lazio pada Oktober tahun lalu. Pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai United, namun tidak akan memaksa kelab untuk menerima tawaran kelab Liga Inggeris itu.


Ini bukan kali pertama pemain antarabangsa Serbia itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford. Jose Mourinho pernah turun padang menilai kemampuan pemain ini dalam satu perlawanan antarabangsa sekitar Oktober 2018, ketika masih bergelar pengendali Red Devils.

Sejak menyertai Lazio pada 2014 dari kelab Belgium, Genk, Milinkovic-Savic telah menjaringkan 31 gol dari 138 penampilan bersama kelab Serie A Itali itu.

United dikatakan sedang mencari sekurang-kurangnya seorang pemain tengah di jendela perpindahan kali ini. Pemain perancang Sporting Lisbon, Bruno Fernandes; pemain muda Newcastle United, Sean Longstaff; dan pemain Southampton, Mario Lemina adalah antara pemain yang dikaitkan dengan juara 20 kali Liga Inggeris itu.

Manchester United turut dipalit spekulasi yang menyelubungi pemain tengah, Paul Pogba yang sebelum ini berkata mahukan satu cabaran baharu di tempat lain.

Namun demikian Ole Gunnar Solskjaer berkata tiada bidaan dilakukan untuk pemain tersebut buat masa sekarang, dan United tidak berada di kedudukan perlu menjual pemenang Piala Dunia tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN