‘Serangan Jantung’ – Tindakan Pantas Sergio Reguilon, Eric Dier Selamatkan Nyawa Penyokong Newcastle United

Sergio Reguilong Eric Dier Newcastle United

Dua pemain Tottenham Hotspur, Sergio Reguilon dan Eric Dier mendapat pujian selepas tindakan pantas mereka berjaya menyelamatkan nyawa seorang penyokong Newcastle United yang mengalami serangan jantung ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park sedang berlangsung.

Sebaik sahaja mengetahui masalah yang sedang berlaku di tempat duduk penonton, Reguilon segera meluru kepada pengadil untuk memaklumkan tentang perkara itu.

Eric Dier pula bergegas berlari ke tepi padang memanggil pegawai perubatan untuk memberikan rawatan secepat mungkin menggunakan defibrilator.

Insiden cemas itu berlaku sewaktu aksi si separuh masa pertama ketika perlawanan berbaki tujuh minit dengan Spurs sedang mendahului Newcastle 2-1 hasil jaringan Tanguy Ndombele dan Harry Kane mengatasi jaringan Callum Wilson di awal permainan.

Pengadil utama perlawanan, Andre Marriner kemudian memutuskan untuk menangguhkan perlawanan dan mengarahkan semua pemain berehat di bilik persalinan.

Aksi disambung semula selepas mendapat berita penyokong itu sudah sedar dan digegaskan ke hospital berdekatan.

Suasana meriah di St. James Park jelas terlihat apabila penyokong The Magpies menyambut era baharu Newcastle United di bawah pemilik baharu buat kali pertama, namun mereka tewas 3-2 dalam perlawanan ini dan terus terperosok di zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN