‘Serangan Belum Mantap’ – Xavi Desak Pengurusan Barcelona Beli Alvaro Morata

Xavi Barcelona Morata

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez telah meminta pihak pengurusan kelabnya agar memulakan usaha untuk mendapatkan Alvaro Morata dalam jendela perpindahan musim sejuk ini.

Bukan lagi rahsia kelab Catalan tersebut sedang berusaha untuk mengukuhkan lagi bahagian serangannya ekoran persaraan Sergio Aguero yang disahkan mengalami masalah jantung.

Musim ini Barcelona hanya menjaringkan dua gol dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan sekadar menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga, sekaligus tersingkir dari kejohanan berprestij itu.

La Blaugarana sudah pun mengesahkan pembelian Ferran Torres dari Manchester City tempoh hari, tetapi menurut Xavi ia masih belum cukup untuk ‘memperbaiki’ pasukannya.

Menurut laporan media Sepanyol, AS, sasaran terbaharu Barcelona adalah Morata yang kini sedang dipinjamkan ke Juventus dari Atletico Madrid dan sudah menjaringkan tujuh gol serta tiga bantuan jaringan dari 23 penampilan dalam semua pertandingan.

Laporan turut mendedahkan perbincangan bersama ejennya Juanma Lopez sedang berjalan dengan positif, malah penyerang berusia 29 tahun itu terbuka untuk memendekkan tempoh pinjamannya bersama kelab Serie A tersebut bagi merealisasikan perpindahan ke Barcelona secara tetap.

Hasrat Atletico Madrid untuk mendapatkan Antoine Griezmann secara tetap dengan nilai €40 juta dari Barcelona juga bakal memudahkan urusan dengan kemungkinan urusan tersebut dapat diselesaikan secara pertukaran terus antara kedua-dua pemain berkenaan.

Ini bermakna, Barcelona juga kemungkinan besar akan memendekkan tempoh pinjaman penyerang Luuk de Jong dari Sevilla, manakala keberadaan Memphis Depay pula masih belum jelas kerana ada spekulasi yang mengatakan penyerang Belanda itu juga sedang menuju jalan keluar dari Nou Camp.

Sementara itu, Juventus juga sedang bersedia untuk mendapatkan pengganti sekiranya mereka kehilangan Morata dengan Massimiliano Allegri telah menyenaraikan dua calon iaitu penyerang Marseille Krystian Milik dan Gianluca Scamacca.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN