“Serah Kepada Fandi”- Lucas da Silva Fokus Raih Tempat Bersama Sri Pahang

Lucas da Silva boleh dianggap mengalami mimpi buruk beliau awal musim ini dalam karier bola sepak profesional, selepas hanya mampu melihat rakan sepasukannya di Sri Pahang beraksi di kawasan penonton.

Penyerang kelahiran Brazil ini menjadi pemain import terbaharu Sri Pahang musim 2023 untuk memperkukuhkan jentera hadapan pasukan tersebut bagi bergandingan bersama Kpah Sherman.

Namun, beliau terpaksa melupakan seketika aksi awal tahun ini setelah Lucas disahkan mengalami kecederaan agak teruk sebelum saingan liga bermula.

Ketika ini, Lucas masih lagi menjalani proses pemulihan selepas kecederaan yang melanda di bahagian lutut beliau sejak awal Mac lalu sebelum kembali memperkuatkan pasukan.

Keadaan semasa menyaksikan bekas penyerang Penang musim lalu ini semakin baik dan Lucas dilihat telah pun kembali menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan sejak Selasa lalu.

Walaupun begitu, Lucas enggan terlalu memaksa diri dalam mencari minit permainan, dan menyerahkan segalanya kepada pengendali utama Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad.

Malah, Lucas juga menyatakan beliau sudah sangat berpuas hati sekiranya diberi peluang hanya beberapa minit sahaja di atas padang sebaik saingan liga kembali bersambung.

“Rasa sakit pun dah tiada, cuma saya tidaklah mahu terlalu paksa diri, tetapi ianya sudah cukup baik kalau jurulatih bagi peluang saya bermain hanya untuk 20 hingga 30 minit sahaja.

“Saya serahkan semuanya kepada beliau (Fandi) untuk menentukan dan fokus saya adalah untuk terus cergas supaya dapat kembali seperti biasa”, katanya menerusi Arena Metro.

Ketika ditanya mengenai prestasi semasa rakan penyerang beliau iaitu Kpah Sherman, beliau menjelaskan pemain tersebut sudah pun melakukan tugas dengan cukup baik selaku penggempur utama Sri Pahang.

“Saya bekerja dengan cukup kuat pada awalnya sebelum cedera dan sekarang melihat rakan-rakan juga melakukan tugas dengan baik, saya rasa bangga.

“Pada awalnya, memang semua orang menjangkakan saya dan Sherman akan menjadi gandingan yang baik, tetapi apabila saya cedera, mereka yang lain juga tetap beraksi dengan baik.

“Tetapi, saya tidak putus asa dan apabila saya dah kembali berlatih, rakan-rakan yang lain tetap beri semangat untuk saya dapatkan balik keyakinan diri”, katanya.

Secara keseluruhan mengenai statistik Lucas musim lalu, beliau telah meledak 11 gol daripada 15 perlawanan disertainya dalam kempen Liga Malaysia musim 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN