Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar mengenai isu hak tuan rumah Piala Dunia 2022 iaitu Qatar.
Pemilihan Qatar sebagai tuan rumah kejohanan berprestij itu diselubungi oleh kontroversi mengenainya.
Kini, bekas Presiden FIFA iaitu Sepp Blater telah tampil mendedahkan mengenai isu tersebut.
Menurut laporan Sportskeeda, Blater mengatakan Qatar menggunakan unsur politik untuk mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia 2022.
Dalam tweet beliau di laman Twitternya, Blatter mengatakan Qatar menggunakan pengaruh dari bekas Presiden Perancis iaitu Nicolas Sarkozy untuk menjayakan usaha mereka itu.
Selain Sarkozy, Blatter juga meletakkan kesalahan ini dibahu bekas Naib Presiden FIFA merangkap bekas Presiden UEFA iaitu Michel Platini.
Bad news: Qatar accused of denigration of other bidders! Fact is Qatar won after a political intervention by the former French President Sarkozy to FIFA Vice-President Platini. More information in my book ‚Ma verité‘ chapter 10. #Qatar #FIFAWorldCup2022 #FIFA #AFC
— Joseph S Blatter (@SeppBlatter) July 29, 2018
Tweet yang dihasilkan oleh Blatter itu mungkin sedikit bercorakkan publisiti kerana beliau mahu mempromosi buku hasil tulisan beliau.
Akan tetapi, pastinya beliau sebenarnya memberikan petanda kepada kita semua mengenai apa yang terjadi disebalik pemilihan Qatar sebagai tuan rumah.
Sekiranya Piala Dunia 2022 akan tetap dilangsungkan di Qatar, kita akan menyaksikan buat pertama kalinya kejohanan tersebut akan dilangsungkan pada penghujung tahun.
Hal ini kerana sekiranya ianya dilangsungkan pada pertengahan tahun seperti yang biasa dilakukan, Qatar akan mengalami cuaca yang cukup panas akibat suhu tinggi.
Jika anda bermain permainan Football Manager 2018, pastinya anda akan perasan yang di dalam permainan tersebut tuan rumah Piala Dunia 2022 telah bertukar.
Ianya ditukarkan dari Qatar kepada Australia.
Namun itu di permainan video, adakah ianya akan berubah dalam dunia realiti? Sama-sama kita nantikan.