Seperti Malaysia, Park Hang-Seo Buru Pemain Kacukan Untuk Vietnam

Ia seperti satu trend untuk pasukan-pasukan kebangsaan dari Asia Tenggara memburu pemain berdarah kacukan atau naturalisasi untuk beraksi untuk pasukan masing-masing.

Terbaru, Vietnam juga dikatakan sedang mengikuti langkah Malaysia di dalam misi memburu pemain berdarah kacukan yang berminat untuk beaksi bersama pasukan negara berkenaan di masa hadapan. Untuk itu, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah menghantar jurulatih mereka, Park Hang-Seo ke Eropah untuk memantau pemain-pemain berpotensi.

Empat pemain yang akan diperhatikan oleh Park Hang-Seo sepanjang lawatan di Eropah ialah Alexander Dang (Norway), Filip Nguyen (Republik Czech), Jason Pendant Quang Vinh (Perancis) dan Kevin Bui (Belanda). Fox Sports melaporkan kempat-empat pemain telah menyatakan minat untuk beraksi bersama Vietnam sebelum ini.

park hang seo
Foto: Vietnam Football Federation

Vietnam sudah pun mempunyai tiga pemain berdarah kacukan yang beraksi di liga domestik, iaitu Martin Lot (PVF), serta Dang Van Lam dan Adriano Schmidt (Hai Phong FC). Untuk empat pemain yang sedang memperagakan aksi di Eropah, Park ketika bercakap kepada media di Vietnam menggariskan beberapa kriteria sebelum layak dipanggil menyertai pasukan.

“Pertama, kami perlu memastikan sama ada mereka layak beraksi bersama kami dari segi perundangan. Jika mereka tidak mahu menjadi rakyat Vietnam, tidak perlu untuk saya ke Eropah melakukan penilaian.

“Kedua, dan perkara terpenting ialah mereka mempunyai keupayaan selayaknya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Saya tidak akan memanggil mereka semata-mata kerana mereka beraksi di eropah,” jelas beliau.

VFF turut mengesahkan Park akan ke Republic Czech dan Norway untuk menilai sendiri pemain penyerang, Alexander Dang bersama Nest-Sotra dan penjaga gol, Filip Nguyen yang beraksi bersama FC Slovan Liberec terlebih dahulu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN