Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer turut senada dengan rakan sejawatnya dari Liverpool iaitu Jurgen Klopp mengenai mutu pengadilan Premier League.
Menurut Solskjaer, beliau bimbang tahap pengadilan di liga tersebut akan membuatkan bola sepak kini bakal berubah menjadi sukan yang lebih ‘ganas’.
Kebimbangan ini terhasil selepas Premier League hadir dengan pendekatan untuk tidak membenarkan pengadil memberikan sepakan percuma terhadap situasi “pemain sengaja mencari sepakan percuma atau penalti.”
Solskjaer berharap yang situasi ini dapat dibaiki kerana ia mampu menyumbang kepada masalah kecederaan pemain.
“Jika ini jalan yang kita nak gunakan, kita akan dapat banyak kecederaan.”
“Saya berharap kita boleh mencari titik tengah kepada perkara ini,” kata Solskjaer menerusi BBC Sport.
Harapan tersebut jelas sekali seiring dengan apa yang dikatakan oleh Klopp sebelum ini selepas kejayaan menewaskan Burnley.
Hal ini kerana, Klopp berkata yang kualiti pengadilan Premier League mampu membawa bola sepak kembali ke 10-15 tahun ke belakang.
Solskjaer merujuk kepada situasi gol Southampton yang dimana Bruno Fernandes dikasari Jack Stephens sebelum jaringan tercipta.
“Ianya adalah kesalahan. Dia [Jack Stephens] pergi terus kepada Bruno Fernandes. Pinggul dan ketiaknya dan lengan berada dengan Fernandes.”
“Saya tidak begitu risau tetapi kita lihat perkara ini kerana kita tidak boleh pergi kepada satu sukan seperti bola tampar atau bola keranjang tahun lepas kepada sukan ekstrim ragbi sekarang.”
United terikat seri dengan Southampton selepas gol sendiri Fred berjaya disamakan oleh Mason Greenwood untuk membolehkan mereka pulang dengan satu mata.