Pemain tengah Chelsea, Jorginho dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan bagi musim 2020/21 dalam Majlis Anugerah UEFA yang berlangsung pada Khamis.
Pemain berusia 29 tahun itu mengatasi cabaran rakan sepasukan, N’Golo Kante dan pemain Manchester City, Kevin de Bruyne untuk meraih anugerah itu buat kali pertama.
Kemenangan Jorginho itu sudah dijangka selepas beliau cemerlang membantu Chelsea meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Piala Super Eropah di samping cemerlang membantu Itali menjuarai kejohanan Euro 2020.
Congratulations to Jorginho on winning the UEFA Player of the Year award 🏆💪 pic.twitter.com/1FvOTBo75z
— 433 (@433) August 26, 2021
Beliau beraksi 56 perlawanan untuk kelab dan negaranya dan menjaringkan sembilan gol.
“Hai semua, saya mohon maaf kerana tak dapat berada di sana semasa saat penting ini disebabkan larangan yang kita semua tahu mengenainya,” ujar Jorginho dalam video pengumuman yang dikeluarkan oleh UEFA.
“Walaupun saya tidak ada di sana, tetapi saya mahu katakan yang saya amat gembira dengan anugerah ini. Jadi saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung untuk menjadikannya kenyataan.
“Saya lahirkan sebesar-besar penghargaan dari lubuk hati saya kepada semua orang yang membantu saya dalam perjalanan karier saya, dari keluarga, rakan-rakan, penyokong, rakan sepasukan, jurulatih.
“Dan yang penting kepada mereka yang tidak percaya kepada saya, ia memberi motivasi untuk saya bekerja lebih keras, jadi terima kasih juga kepada mereka. Saya sangat gembira, salam sayang buat semua.”
✨ "I would like to say thank you to all the people who made their contribution to make this happen. A big thanks from the heart to all the people who helped me on this journey…"
UEFA Men's Player of the Year 2020/21 – Jorginho pic.twitter.com/Pv9hBueEy8
— UEFA (@UEFA) August 26, 2021
Majlis tersebut menyaksikan kem Chelsea mendominasi sebahagian besar anugerah bagi kategori lelaki
Penjaga gol Edouard Mendy pula dipilih sebagai penjaga gol terbaik selepas memastikan gawangnya tidak dibocori dalam sembilan perlawanan dalam kejohanan Eropah itu.
Kante muncul pemain tengah terbaik dan Thomas Tuchel pula memenangi anugerah jurulatih terbaik tahunan selepas membuat perubahan besar selepas hanya empat bulan membimbing pasukannya sehingga menjuarai UCL.
Bagi penyerang dan pertahanan terbaik masing-masing dianugerahkan kepada Erling Haaland (Borussia Dortmund) dan Ruben Dias (Manchester City).
Seperti yang telah diumumkan lebih awal, kapten dan pasukan perubatan Denmark diberikan Anugerah Presiden UEFA sebagai penghargaan terhadap tindakan pantas mereka menyelamatkan nyawa Christian Eriksen di kejohanan Euro 2020 tempoh hari.
Budi yang baik dikenang jua. Tahniah Simon Kjaer dan doktor pasukan Denmark.#SimonKjaer#Denmark#UEFA pic.twitter.com/DY2qlqfsbw
— KOPPA (@koppatv) August 25, 2021
Berikut adalah senarai penuh pemenang:-
Anugerah UEFA Lelaki
Pemain terbaik tahunan – Jorginho (Chelsea)
Jurulatih terbaik tahunan – Thomas Tuchel (Chelsea)
Penjaga gol terbaik tahunan – Edouard Mendy (Chelsea)
Pertahanan terbaik tahunan – Ruben Dias (Manchester City)
Pemain tengah terbaik tahunan – N’Golo Kante (Chelsea)
Penyerang terbaik tahunan – Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)
Anugerah Presiden – Kapten Denmark Simon Kjaer dan pasukan perubatan
Anugerah UEFA Perempuan
Pemain terbaik tahunan – Alexia Putellas (Barcelona)
Jurulatih terbaik tahunan – Lluis Cortes (Barcelona)
Penjaga gol terbaik tahunan – Sandra Panos (Barcelona)
Pertahanan terbaik tahunan – Irene Paredes (PSG)
Pemain tengah terbaik tahunan – Alexia Putellas (Barcelona)
Penyerang terbaik tahunan – Jennifer Hermoso (Barcelona)