Separuh Akhir Piala Malaysia 2017: Tiket Perlawanan Perak Bertemu JDT Mula Dijual Esok

separuh akhir

Bahang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 diantara Perak bertemu Johor Darul Takzim di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad ini semakin dirasakan dan para peminat yang ingin mendapatkan tiket perlawanan tersebut boleh mendapatkannya bermula esok.

Pihak Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) juga membuat inisiatif bagi memudahkan penyokong yang berada di beberapa buah daerah apabila penjualan tiket turut dijual di daerah Slim River, Teluk Intan, Manjung, Kerian dan Kuala Kangsar pada hari esok.

Manakala penyokong di empat lagi daerah iaitu Tapah, Perak Tengah, Taiping dan Gerik boleh mendapatkannya pada hari Jumaat (13 Oktober 2017) di daerah masing-masing. Penjualan tiket di setiap daerah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu bagi penjualan tiket di Stadium Perak pula akan diteruskan pada setiap hari bermula esok sehingga hari Sabtu dari 9 pagi hingga ke 5 petang, pada hari perlawanan pula jualan tiket berlanjutan hingga jam 10.00 malam.

Kaunter yang dibuka untuk jualan tiket adalah di kaunter Pentas Utama (Grandstand) dan pintu B pada hari Khamis dan Jumaat. Manakala satu lagi kaunter dibuka iaitu di pintu E pada hari Sabtu penjualan.

Kaunter di pintu D dibuka bermula jam 6 petang pada hari perlawanan tersebut.

Berikut adalah harga tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama berkenaan :

1. Pentas utama
– Dewasa RM 25.00
– Kanak kanak RM 12.00

2. Terbuka
– Dewasa RM 12.00
– Kanak kanak RM 5.00

Seorang penyokong dihadkan untuk hanya membeli 5 keping tiket sahaja dalam satu transaksi pembelian.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN