Separuh Akhir Piala Malaysia 2017: Statistik Perlawanan Perak Bertemu JDT Sejak 2013

Pertemuan menarik yang berlangsung Ahad ini diantara Perak bertemu Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak, Ipoh bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Perak sudah lama tidak merasai kehangatan beraksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia setelah kali terakhir dilakukan pada tahun 2007, yang turut menyaksikan skuad ‘Kejor Yop Skor’ ketika itu dibimbing jurulatih dari England, Steve Darby berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah menewaskan Sabah pada aksi separuh akhir.

Bagi JDT, kali terakhir mereka berjaya melayakkan diri dalam aksi separuh akhir adalah pada tahun 2014 dan seterusnya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir namun tewas ditangan Pahang menerusi penentuan sepakan penalti.

separuh akhir
Kredit foto: Johor Southern Tigers

Statistik Perak menentang JDT dalam saingan Piala Malaysia

Perak dan JDT berada dalam satu kumpulan yang sama bagi dua edisi Piala Malaysia berturut-turut iaitu pada musim 2015 dan 2016.

Perak dan JDT masing-masing mencatatkan satu kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung di Ipoh apabila jaringan Amri Yahyah dan Safee Sali memadamkan kelebihan yang dilakukan oleh Charles Chad Souza di perlawanan peringkat kumpulan pada tahun 2015.

Edisi seterusnya berjaya dibalas oleh Perak apabila berjaya menundukkan lawan tersebut dengan keputusan 3-0 hasil dua jaringan dari Fazrul Hazli Mohd Kadri dan Xhevahir Sukaj.

Aksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pula menyaksikan skuad harimau selatan itu berjaya menewaskan Perak dengan keputusan 2-0 (2015) dan diikat 1-1 pada tahun berikutnya menerusi jaringan sepakan percuma jarak jauh Oybek Kilichev dan sepakan penalti dari Safiq Rahim.

  • JDT menang 2 perlawanan 1 seri dan 1 kekalahan
  • Perak menang 1 perlawanan 1 seri dan 2 kekalahan

Statistik dalam Liga Super sejak tahun 2013

2013

Jaringan tunggal dari Aidil Zafuan Abd Radzak sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat JDT pada perlawanan pusingan pertama Liga Super di Larkin untuk kemenangan 1-0.

Perak pula mencatatkan kemenangan di laman sendiri apabila hatrik dari Paulo Rangel memberikan kemenangan 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium TLDM, Lumut.

2014

Musim tersebut JDT berjaya mendominasi kedua-dua perlawanan liga apabila berjaya menundukkan Perak yang ketika itu dibimbing oleh Abu Bakar Fadzim.

JDT menang 2-0 di Larkin menerusi jaringan Amri Yahyah dan Luciano Figueroa manakala Mohd Nazrin Nawi meledakkan rembatan cantik untuk mencuri 3 mata di Stadium Perak.

2015

Saingan 2015 kembali seimbang apabila Perak berjaya menewaskan lawan tersebut 2-1 di Ipoh menerusi jaringan Nurridzuan Abu Hassan dan Charles Chad Souza untuk menenggelamkan jaringan pembukaan yang dilakukan Junior Eldstal.

JDT kembali bangkit apabila mudah menewaskan Perak 4-1 dihadapan ribuan penyokong sendiri melalui jaringan Luciano Figueroa, Nazrin Nawi, S.Chanturu dan Safiq Rahim. Gol saguhati Perak dijaringkan oleh Thiago Junio de Aquino.

2016

JDT tersentak dengan jaringan pembukaan oleh Elias Fernandes, namun Juan Martin Lucero bingkas untuk merapatkan kedudukan sekaligus menjaringkan gol kedua untuk kemenangan 2-1 JDT di Larkin.

Episod kemenangan dalam saingan liga bertemu Perak tersebut diteruskan di Ipoh apabila jaringan Jorge Pereyra Diaz memberikan kemenangan 1-0 buat JDT.

2017

Saingan musim ini kembali menampakkan keseimbangan apabila kedua-dua pasukan berjaya meraih kemenangan di laman mereka sendiri.

Perak menang 2-1 di Ipoh manakala giliran JDT mencipta menang 2-1 di Larkin.

Yashir Armando Pinto dan Vladislav Mirchev berjaya menghasilkan jaringan pada perlawanan pertama buat Perak manakala Hafiz Kamal menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik di Larkin.

Bagi JDT pula, Hazwan Bakri meledakkan jaringan di Ipoh sementara Fadhli Shas dan Muhammad Ghaddar memberikan tiga mata penuh buat juara Liga Super empat tahun berturut-turut itu.

Piala FA 2013

Kedua-dua pasukan pernah bertemu sekali dalam saingan Piala FA dan keputusan memihak kepada JDT 1-0 di Larkin menerusi tandukan dari Aidil Zafuan Abd Radzak.

Statistik penuh 

  • Perak mencatatkan 4 kemenangan, 10 kekalahan dan 1 seri
  • JDT mencatatkan 10 kemenangan, 4 kekalahan dan 1 seri

Rumusan

Berdasarkan statistik tersebut, JDT mempunyai kelebihan apabila lebih banyak mencatatkan kemenangan berbanding Perak.

Namun dua perlawanan dalam saingan liga musim ini melibatkan kedua-dua pasukan menampakkan keseimbangan dan peluang terbuka luas buat Perak dan JDT untuk merintis laluan yang lebih selesa untuk ke perlawanan akhir.

Pertembungan ini juga menarik untuk disaksikan apabila penjaring terbanyak Liga Super (Muhammad Ghaddar) akan bertemu penjaring terbanyak Piala Malaysia (Gilmar Jose Da Silva Filho).

Apa yang pasti satu perlawanan menarik akan dipamerkan kedua-dua pasukan pada perlawanan Ahad nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN