Sepanyol Raih Kemenangan Pertama Selepas Tewaskan Iran 1-0 Di Kazan

Sepanyol

Sepanyol meraih kemenangan pertama dalam aksi kumpulan B saingan Piala Dunia 2018 selepas menundukkan Iran 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Kazan Arena sebentar tadi.

Pada perlawanan pertama, Sepanyol terikat 3-3 ketika menentang Portugal manakala Iran menang tipis 1-0 keatas Maghribi.

Tanpa jaringan di separuh masa pertama

Penguasaan secara total dipamerkan Sepanyol pada babak pertama dengan penguasaan bola sebanyak 82%.

Ternyata taktikal para pemain Iran dengan kompak di bahagian pertahanan begitu efektif apabila jentera tengah dan serangan Sepanyol kelihatan begitu terdesak untuk mencari gol pembukaan.

Kesemua pemain Sepanyol kecuali David De Gea lebih banyak menghabiskan masa di kawasan Iran dalam mencari ruang untuk memecahkan benteng pertahanan skuad bimbingan Carlos Queiroz itu.

Hanya satu percubaan tepat berjaya dicipta Sepanyol pada 45 minit pertama permainan menerusi sepakan percuma dari David Silva yang terus ke dakapan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand.

David Silva menjadi pemain yang paling kerap mengancam kubu Iran setelah menghasilkan satu percubaan tepat dan tersasar serta tiga percubaan yang berjaya dihalang pertahanan.

Jaringan Diego Costa ubah keputusan

Sepanyol terus menekan Iran sebaik sahaja aksi bersambung dengan percubaan cantik dari luar kotak penalti menerusi Sergio Busquets berjaya dinafikan Beiranvand pada minit ke-50.

Pemain sayap kiri Iran, Karim Ansarifard hampir meletakkan Iran di hadapan tiga minit berselang, namun percubaan ‘first-timer’ dari pemain Olympiacos itu hanya menggegar di tepi jaring gol Sepanyol.

Seminit kemudian, Sepanyol akhirnya berjaya membuka tirai jaringan selepas bola yang cuba dikeluarkan oleh pertahanan, Ramin Rezaeian terkena Diego Costa lalu meleret masuk ke dalam pintu gol Iran.

Iran cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan dan Saied Ezatolahi hampir merealisasikan harapan tersebut setelah berjaya menjaringkan gol minit ke-60.

Namun, beliau terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid tatkala Saied sudah pun meraikan jaringan tersebut bersama rakan sepasukannya.

Usaha Sepanyol dan Iran bagi menambah jumlah gol selepas itu gagal membuahkan hasil apabila gerakan-gerakan yang dilancarkan menemui jalan buntu.

Dengan kemenangan ini meletakkan Sepanyol ditangga kedua kumpulan B. Terikat empat mata bersama Portugal yang berada di tangga teratas.

Iran menghuni tangga ketiga dan perlu menang keatas Portugal pada aksi terakhir bagi melayakkan diri buat pertama kali ke saingan kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN