Perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020 diteruskan pada tengah malam ini dimulakan dengan pertemuan di antara Sepanyol dan Croatia.
Croatia sudah pun sah kehilangan khidmat pemain tengah, Ivan Perisic akibat Covid-19 dan Sepanyol pula berusaha untuk menempatkan diri ke suku akhir buat kali pertama sejak tiga kejohanan utama yang mereka sertai sebelum ini.
Sejak sepak mula Sepanyol menguasai perlawanan. Seawal minit ke-2 lagi penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic sudah dipaksa untuk keluar dari posisinya untuk menafikan José Gaya peluang untuk melakukan percubaan.
Sepanyol terus mengancam selepas itu dengan melakukan beberapa hantaran lintang berbahaya ke dalam kotak penalti. Minit ke-15 menyaksikan percubaan Koke menuju tepat kepada Dominik Livakovic.
The ninth own goal of #EURO2020 and it's the most bizarre one yet from Unai Simon! 😳 pic.twitter.com/gKDCGBWrjB
— 90min (@90min_Football) June 28, 2021
Alvaro Morata sepatutnya berjaya meletakkan Sepanyol di hadapan selepas itu apabila berjaya menyambut hantaran Ferran Torres. Bola terkena tangan pemain pertahanan Croatia, namun pengadil perlawanan menafikan sebarang kemungkinan untuk sepakan penalti.
Dengan tidak semena-mena selepas 20 minit perlawanan berlangsung, Croatia berada di hadapan disebabkan oleh kesilapan penjaga gol, Unai Simon.
Ia sepatutnya sesuatu yang rutin buat penjaga gol Atletico Bilbao itu apabila menerima hantaran ke belakang rakan sepasukan. Sebaliknya Simon tersilap langkah dan bola bergolek ke dalam gawang sendiri.
📊 #EURO2020 HT Stats: #CRO 1-1 #ESP pic.twitter.com/LGFLAAzomc
— WhoScored.com (@WhoScored) June 28, 2021
Walaupun gol pendahuluan Croatia disebabkan oleh kelalaian Unai Simon, pegawai perlawanan kemudian mengsahkan gol sendiri tersebut milik Pedri yang melakukan hantaran ke belakang.
Croatia seperti mendapat momentum selepas itu, tetapi ini tidak bermakna Sepanyol berdiam diri. Perlahan-lahan fokus mereka kembali ke dalam perlawanan dan ia membuahkan hasil pada minit ke-38 perlawanan.
Berpunca daripada usaha Koke, Pablo Sarabia merembat kencang bola dari dalam kotak penali untuk Sepanyol menyamakan kedudukan.
Babak akhir perlawanan Ante Rebic berjaya meloloskan diri untuk situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, namun kali ini Unai Simon lebih bersedia untuk memintas bola dengan satu clearance.
4️⃣ games
2️⃣ goals
1️⃣ assistPablo Sarabia is having a fine tournament for #ESP at #EURO2020! pic.twitter.com/bt7KA3z0In
— GOAL (@goal) June 28, 2021
Babak kedua menyaksikan Sepanyol meneruskan pengusaan yang mereka miliki pada separuh masa pertama. Croatia sekali sekala cuba melakukan serangan balas tetapi anak buah Luis Enrique jelas cukup berdisiplin untuk mematahkan setiap gerakan lawan kali ini.
Minit ke-57 segala usaha Sepanyol akhirnya membuahkan hasil apabila tandukan Cesar Azpilicueta meletakkan Sepanyol di hadapan. Ia adalah gol yang dihasilkan melalui gerakan sepasukan yang menarik, dan disudahkan melalui hantaran lintang yang disudahkan oleh pemain pertahanan Chelsea itu.
What a time to score your first international goal! 👏👏👏
🇪🇸 César Azpilicueta 😎#EURO2020 pic.twitter.com/rI6LCXKwnv
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 28, 2021
Cemerlang sepanjang perlawanan, Ferran Torres melebarkan kelebihan buat Sepanyol dengan menjadikan kedudukan 3-1 selepas menerima sepakan percuma jauh Jose Gaya, menewaskan seorang pemain pertahanan Croatia, sebelum tenang menyepak bola membocori gawang yang dikawal oleh Dominik Livakovic.
Minit ke-85 Croatia cuba mengukit kebangkitan apabila berjaya menghasilkan gol kedua perlawanan buat mereka selepas pemain gantian, Mislav Orsic berjaya menolak masuk ketika situasi kelam kabut di hadapan gawang Sepanyol.
Situasi tersebut menyebabkan keadaan menuju wisel penamat semakin mendebarkan. Croatia nyata mempunyai jalan cerita sendiri mahu diukir apabila Mario Pasalic menanduk masuk hantaran lintang Mislav Orsic pada minit ketiga masa kecederaan.
IT'S LEVEL IN STOPPAGE TIME
Mario Pasalic's header gives Croatia their third goal and keeps them in the game.
It's not over yet! #CRO 3-3 #ESP pic.twitter.com/NQ3rRd5Eat
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 28, 2021
Tamat 90 minit perlawanan menyebabkan perlawanan tersebut terpaksa diheret ke masa tambahan. Orsic sepatutnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menudahkan dua peluang awal untuk meletakkan Croatia di hadapan.
Selepas itu Sepanyol kembali ke hadapan apabila Alavaro Morata berjaya menyudahkan hantaran lintang Daniel Olmo dengan rembatan deras dari dalam kotak penalti, sekalgus menjadikan kedudukan 4-3.
Sepanyol terus gagah selepas itu apabila melebarkan kelebihan, kali ini melalui Mikel Oryazabal. Daniel Olmo sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan assist untuk jaringan tersebut. Tamat babak pertama masa tambahan, Sepanyol mendahului Croatia 5-3.
5 – Alvaro Morata has scored his fifth goal at the European Championships, becoming Spain's joint-highest scorer in the competition along with Fernando Torres. Thunderbolt. #EURO2020 pic.twitter.com/quYGk3O7eQ
— OptaJoe (@OptaJoe) June 28, 2021
Babak kedua masa tambahan menyaksikan Croatia cuba melakukan ancaman dan Ante Budimir terlepas peluang apabila percubaan beliau tdak menepati sasaran.
Sepanyol kemudiannya tenang mengawal keadaan dan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan. Kini anak buah Luis Enrique bakal menunggu sama ada Perancis atau Switzerland di suku akhir.
Baca artikel menarik daripada kami melalui pautan:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Kecewa Hampa Kerana Tersingkir, Ronaldo Lempar Lilitan Lengan Kapten
Euro 2020: De Ligt Mohon Maaf, Akui Kesilapannya Punca Belanda Tersingkir