Jose Mourinho tidak dinafikan lagi sememangnya antara pengurus terhebat dalam sejarah dunia bola sepak dengan pengurus dari Portugal itu telah memenangi pelbagai kejuaraan sepanjang kariernya dalam dunia pengurusan.
Pengurus AS Roma itu sebelum ini telah mendedahkan yang beliau pernah sekali menangis selepas melihat skuad kendaliannya tewas.
Pengurus yang mengakui bahawa beliau merupakan ‘The Special One’ itu telah memenangi pelbagai kejuaraan berprestij bersama beberapa kelab gergasi di pentas bola sepak Eropah.
11 years ago on this day Bayern Munich beat arguably the best Real Madrid team ever to reach the UCL final.
This was the only match to ever make José Mourinho cry… pic.twitter.com/aXcZz2P2u0
— 𝙅𝙞𝙡𝙨𝙝𝙞𝙚 (@JilshieFCB) April 25, 2023
Secara keseluruhannya, Jose Mourinho telah memenangi 27 Piala sepanjang 20 tahun kariernya sebagai pengurus.
Pada Mei 2022 yang lalu, selepas kejayaan beliau membantu Roma menjuarai saingan UEFA Conference League, Mourinho dilihat menangis teresak-esak kerana terlalu gembira atas pencapaian skuadnya itu.
Namun begitu, selain dari tangisan kegembiraan, Mourinho sebenarnya turut pernah menangis selepas melihat skuadnya tewas.
Pada tahun 2020 yang lalu, ketika bercakap kepada media Sepanyol, Marca, Mourinho mengakui yang kekalahan bertemu Bayern Munich dalam saingan Champions League pada tahun 2012 merupakan antara yang paling sakit untuk beliau terima.
Bahkan, kekalahan di peringkat separuh akhir itu juga menyebabkan beliau menangis teresak-esak kerana terlalu kecewa selepas tamat perlawanan tersebut.
Manuel Peter Neuer is the only player who made José Mourinho cry! Legends of the game. https://t.co/4EqxWcYFdV pic.twitter.com/RKmxUeSr9g
— Shubham Dingar (@DingarShubham) April 25, 2023
Beliau pada ketika itu merupakan pengurus Real Madrid dan Mourinho sangat menderita melihat tiga pemain utamanya gagal untuk sempurnakan sepakan penalti.
“Malang sekali, tapi itulah bola sepak. Cristiano, Kaka, Sergio Ramos… tiga raksasa hebat dalam bola sepak, tiada keraguan tentang itu, tapi mereka juga manusia.”
“Malam itu, pertama kali dalam karier saya sebagai jurulatih, saya menangis kerana kekalahan. Saya ingat dengan sangat baik.”
“Aitor (Karanka) dan saya menuju ke rumah saya, kami dalam kereta, menangis… Ia sangat sukar kerana kami yang terhebat musim itu.”
Mourinho kemudiannya mendedahkan kepada siaran TV Portugal, Sic yang kekalahan bertemu Bayern Munich itu merupakan antara yang paling menyedihkan sepanjang kariernya.
“Jika saya perlu memilih detik paling teruk, ia adalah penyingkiran Real Madrid.”
Jelas Mourinho.
📆 On this day, in 2012, José Mourinho's Real Madrid faced Bayern Munich in the Champions League semi-final and the tie went to penalties…
Just wait for Sergio Ramos' effort. 😭🤣 pic.twitter.com/DAurU9wqbG
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 25, 2023
“Kami ketika itu merupakan pasukan terbaik di Eropah, tidak diragukan, kami menang La Liga dan pecahkan semua rekod baik kutipan mata mahupun jaringan dan kami patut menang final, saya memang tak ragu-ragu.”
“Apa yang paling kejam untuk saya adalah ketika penentuan sepakan penalti, kami akan guna Cristiano Ronaldo, Kaka dan Sergio Ramos, mereka yang paling diharapkan tapi mereka gagal dan sangat sakit untuk melihat mereka yang tak pernah gagal sempurnakan sepakan penalti akhirnya gagal.”
Mourinho kini sedang dalam usahanya untuk menambah lagi kejuaraan beliau sebagai pengurus, dengan skuadnya, Roma kini sedang dalam usaha mereka untuk menjuarai saingan Europa League.
AS Roma bakal turun beraksi bertemu skuad kendalian Xabi Alonso, Bayer Leverkusen untuk aksi peringkat separuh akhir saingan Europa League.
Mourinho was in tears after Real Madrid's UCL exit to Bayern Munich in 2012 😢 pic.twitter.com/bm2zdekhr8
— ESPN FC (@ESPNFC) May 2, 2020
Selepas berjaya membawa Roma menjuarai saingan Conference League, Mourinho jelas sekali sangat bertekad untuk membawa skuadnya itu menjuarai kejuaraan lebih besar pada musim ini.