Gareth Bale Hantar Wales Ke Piala Dunia Buat Kali Pertama Selepas 64 Tahun

Wales Piala Dunia
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Wales layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 selepas menewaskan Ukraine 1-0 hasil jaringan sendiri Andriy Yarmalenko.

Dalam aksi yang penuh drama dan emosi di Cardiff City Stadium itu, Yarmalenko tertanduk masuk ke gawang sendiri sepakan percuma Gareth Bale pada minit ke-34.

Wales yang kebiasaannya banyak berharap kepada Bale dan Aaron Ramsey perlu berterima kasih kepada penjaga gol Wayne Hennessey yang menyelamatkan sembilan percubaan tepat pasukan pelawat.

Kegagalan Ukraine untuk menang dilihat satu keputusan yang agak ‘kejam’ buat skuad kendalian Olexandr Petrakov yang menampilkan aksi menyerang dan menguasai perlawanan.

Mereka sebelum ini menyingkirkan Scotland di peringkat separuh akhir play-off membawa misi layak ke Piala Dunia meskipun negara sedang bergolak dengan serangan oleh Rusia.

Namun Wales yang meneruskan rentak cemerlang di halaman sendiri dengan rekod aksi ke-12 tanpa bolos dari 19 perlawanan cekal bertahan sehingga wisel penamat untuk melakar sejarah.

Pengendali Wales, Robert Page kini sudah boleh merangka perancangan terbaik mereka bagi mengahadapi pusingan akhir Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar bermula November ini.

Berdasarkan undian, skuad Naga Merah bakal ditempatkan dalam kumpulan B bersama England, Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN