Sepakan Gunting Shaqiri Bantu Liverpool Belasah Manchester United

Saingan Liga Perdana Inggeris musim baharu belum pun bermula tetapi peminat bola sepak dunia meramalkan Liverpool dijangka akan mengegarkan EPL berdasarkan prestasi mereka dalam perlawanan jelajah pramusim.

Liverpool menjaringkan tiga gol pada babak kedua ketika membelasah Manchester United 4-1 di Stadium Michigan yang menjadi perlawanan terakhir jelajah pramusim di Amerika Syarikat.

Xherdan Shaqiri mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol pertama pada penampilan sulungnya bersama Liverpool menerusi sepakan gunting dan disaksikan 101,000 penyokong yang memenuhi setiap inci tempat duduk stadium berkenaan.

Shaqiri yang mewakili Switzerland di Piala Dunia adalah seorang daripada lima pemain yang baru dibeli Liverpool dalam usaha mereka untuk merapatkan jurang dengan juara Liga Perdana, Manchester City.

Kemenangan itu cukup manis buat Reds apatah lagi ia adalah perlawanan terakhir di Amerika Syarikat sebelum pulang ke Merseyside untuk menghadapi musim baru.

Sadio Mane menyempurnakan penalti untuk menghasilkan gol pertama Liverpool pada minit ke-28.

Pemain tengah Manchester United yang berusia 22 tahun, Andreas Pereira, menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-31.

Tetapi skuad kendalian Juergen Klopp kembali mendahului pada babak kedua menerusi rembatan Daniel Sturridge pada minit ke-66.

Gol itu berpunca daripada Shaqiri yang mudah memperdayakan beberapa pertahanan United sebelum membuat hantaran yang disudahkan Sturridge.

Sheyi Ojo menjaringkan gol ketiga pada minit ke-74 dan tiba giliran Shaqiri untuk berada dalam senarai penjaring menerusi gol menarik hasil hantaran Ben Woodburn.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN