Kejohanan Bola Sepak Buta Asia, IBSA 2017, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Sukan Orang Buta

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Kejohanan Bola Sepak Untuk Buta Asia 2017, Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA) 2017 kini sedang berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta.

Empat negara iaitu China, Iran, Thailand dan Korea Selatan berjaya menempah slot ke saingan separuh akhir.

Skuad negara yang dibimbing Shalesh Manickavasagam berjaya mempamerkan aksi terpuji namun terpaksa akur tunduk ditangan kepada Iran (2-0) dan Korea Selatan (4-3) di saingan peringkat kumpulan.

Lebih perit adalah skuad negara hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri ketika bertemu Korea Selatan untuk melayakkan diri ke saingan Kejohanan Bolasepak Buta Dunia 2018 di Madrid.

Malaysia berjaya mendahului Korea Selatan 3-1 pada babak pertama perlawanan. Namun pasukan lawan kembali bangkit untuk menghasilkan 3 jaringan bagi memusnahkan harapan menggunung skuad negara.

Apa yang anda perlu tahu mengenai kejohanan ini?

Berapakah jumlah pemain yang beraksi pada satu-satu masa ?

Dalam Kejohanan Bola Sepak untuk Orang Buta ini, jumlah pemain yang beraksi ialah 5 orang bagi setiap pasukan. Jumlah pemain adalah sama seperti di dalam sukan futsal.

Pemain yang dikeluarkan dibenarkan untuk masuk semula. Namun setiap kali pertukaran dilakukan, permainan dan masa akan dihentikan sehingga selesai pertukaran tersebut dilakukan.

Adakah kesemua mereka mempunyai masalah cacat penglihatan ?

Empat orang pemain selain dari penjaga gol adalah mereka yang mengalami buta tahap B1 (ketajaman penglihatan yang sangat rendah atau tidak langsung menampakkan cahaya). 

Manakala bagi penjaga gol pula,  setiap pasukan bertanding dibenarkan untuk menggunakan penjaga gol yang normal, atau mempunyai masalah penglihatan mata yang kurang (tahap B2 dan B3).

Untuk berlaku adil, mata kesemua pemain kecuali penjaga gol perlu ditutup dengan menggunakan penutup mata yang dikhaskan oleh pihak penganjur.

Berapakah keluasan saiz padang dan masa permainan?

Saiz padang yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa adalah 40 meter panjang dan 20 meter lebar.

Garisan keluar (out) di kawasan kiri dan kanan padang digantikan dengan dinding berketinggian satu meter bagi membolehkan bola melantun dan garisan keluar hanya terdapat di kawasan gol sahaja.

Tempoh untuk satu perlawanan ialah selama 40 minit. 20 minit diperuntukkan pada separuh masa pertama dan 20 minit lagi di babak kedua. Setelah tamat perlawanan babak pertama, masa rehat 10 minit diberikan kepada kedua-dua pasukan bertanding.

Sepertimana sukan futsal, masa bagi perlawanan bola sepak untuk orang buta juga akan dihentikan sekiranya perlawanan terhenti.

Para pemain tidak nampak, bagaimana cara mereka mendapatkan bola?

Bola kejohanan yang direka khas untuk sukan ini telah dipasangkan ‘loceng’ untuk membiarkan ia berbunyi apabila bola sedang bergolek. Oleh itu, para penyokong tidak dibenarkan untuk membuat bising dan perlu senyap ketika permainan sedang dilangsungkan.

Hal ini kerana ianya akan mengganggu tumpuan para pemain yang perlu mendengar bunyi loceng daripada bola itu untuk meneruskan misi bagi mencari jaringan.

Selain daripada itu, arahan kepada pemain juga boleh  diberikan oleh ketua jurulatih dari tempat duduk pemain simpanan, pembantu jurulatih yang berada di belakang pintu gol lawan dan juga dari penjaga gol yang dapat melihat.

Bagi penjaga gol, mereka hanya boleh aktif dan bersuara di kawasan kotak penalti mereka sahaja.

Penjaga gol yang membawa bola di luar kotak penalti akan menyebabkan pasukan lawan diberikan sepakan penalti.

Pembantu jurulatih yang akan memberikan arahan dibelakang pintu gol pasukan lawan.

Tak berlanggar ke para pemain?

Sudah semestinya perkara tersebut akan berlaku. Ia akan menjadi lumrah apabila anda tidak dapat melihat. Jadi untuk mengelakkan para pemain daripada berlanggar, pemain yang diserang pasukan lawan dan ingin merampas bola akan menyebut perkataan ‘voy’ berulangkali .

Perkataan istilah ‘voy’ adalah merupakan bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘saya pergi’.

Ini membawa maksud komunikasi adalah sangat penting bagi menjayakan bola sepak orang buta ini.

Kredit foto: CIMB Foundation

Ketika sepakan percuma atau sepakan sudut, pengadil akan menggoncang bola untuk memudahkan pemain mengenalpasti dimana kedudukan bola.

Pengumuman untuk ‘keeper ball’,’corner kick’ dan penerima kad kuning serta pertukaran pemain juga akan dilakukan menggunakan pembesar suara oleh pegawai perlawanan di luar padang.

Video amatur yang sempat dirakamkan ketika perlawanan Thailand bertemu Jepun.

Featured Image: CIMB Foundation

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN