Seorang Penyokong Pahang Menjelaskan Mengapa Logo Baru Pahang FC Perlu Ditentang

Guardiola after securing a spot: 'An incredible lesson for all clubs' Loading official content
Guardiola after securing a spot: 'An incredible lesson for all clubs'
Pep Guardiola, Manchester City manager, analysed the Citizens' unstable league phase in the UEFA Champions League.
0 seconds of 50 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:50
00:50
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Slot doesn't believe finishing first gives assurances to Liverpool's UCL title dreams Arteta impressed with Arsenal teenager Nwaneri after win at Girona Griezmann discusses Atlético de Madrid's UCL qualification and Giuliano Simeone's impact Micky van de Ven returns to Tottenham Hotspur training Rodgers takes pride as Celtic face heavyweights despite defeat Liverpool train ahead of final UCL League phase clash with PSV UCL league phase final matchday: How does it work? Gvardiol: 'Whatever Pep wants from me, I'm ready' Bayern's final training before UCL league phase finale Rodgers wants Celtic to show their quality against Villa Behind the scenes on his first day: Gladbach's new signing Kevin Diks Gavin Kwan, Furtado prepare ahead of Bali United clash Kyle Walker on joining Milan, choosing number 32 and his childhood idols Celtic's farewell tribute to Kyogo Ronaldo among the scorers as Al Nassr triumph over Al Fateh Riyad Mahrez's stunning counter-attack goal Dembélé caps off PSG team move following Kvaratskhelia's nice assist Akliouche stuns with Puskas-worthy wonder goal as Monaco triumph over Rennes Marmoush calls City debut 'Amazing' after Chelsea win Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Menjelang era penswastaan liga bermula pada tahun ini, sudah ada beberapa pasukan yang memulakan usaha penjenamaan semula.

Ini adalah langkah penting untuk memastikan salah satu matlamat penswastaan liga tercapai – iaitu supaya semua pasukan diswastakan sepenuhnya menjelang 2017.

Antara pasukan yang sudah memulakan usaha penjenamaan semula ialah Pahang. Nama pasukan mereka telah diubah dari Pahang FA ke Pahang FC. Polisi pengambilan pemain mereka juga telah bertukar.

Tetapi yang paling menarik adalah isu pertukaran logo Pahang FC.

1937228_1021367244590636_3127048232798994938_n

Reaksi bercampur daripada peminat

CEO Pahang FC, Fahrizal Hasan menjelaskan dalam Twitternya bahawa logo baru Pahang itu dipilih kerana ‘senang untuk dikomersilkan di atas merchandise’.

Clean lines, promoting Pahang FC. Senang dibaca and very clear. Logo ini melalui ujian mata di syarikat2 pengiklanan dan promosi untuk mengkaji brand awareness dan mendapat rating tinggi. Senang lihat,” tulis beliau di Twitter.

Printing lines pun tajam akan lihat fresh, clear and sharp di atas jersi dan seluar pada kaca tv. Bantu untuk establish branding.”

Logo ini mungkin disukai oleh pihak pengurusan Pahang FC. Tetapi tidak digemari oleh sebahagian besar penyokongnya.

Penyokong Pahang mempersoalkan keaslian vektor logo baru gajah yang digunakan kerana ia kelihatan tak banyak bezanya dengan vektor yang boleh dibeli dari laman web Vectoons.

vektor logo pahang

Malah mereka juga tak menggemari jenis font ‘P.F.C’ yang disifatkan sama dengan font yang digunakan dalam logo Liverpool.

4T9odXqec

“Yang difikirkan hanya siap”

Antara salah seorang penyokong Pahang yang paling vokal menentang logo baru Pahang FC adalah Firdaus Abdillah, pengasas laman web bola sepak penyokong Pahang, Bolosepok.

Dalam satu statusnya di Facebook, beliau memberi sebab mengapa beliau menentang logo baru Pahang FC:

Aku faham ada penyokong Pahang yang tak kisah pasal logo baru Pahang FC. Orang macam ni orang yang tak pentingkan originality.

Di Malaysia golongan yang bersikap begini makin lama makin banyak. Sebab itu banyak benda yang terhasil di Malaysia makin lama makin kurang kualiti.

Hari ini kita boleh tengok pada kualiti seni binaan, penulisan, filem, muzik, tesis dan kajian di universiti dan pelbagai produk dari yang besar sampai sekecil-kecilnya.

Orang Malaysia makin lupa tentang proses. Yang difikirkan hanya siap. Kemudian terhegeh-hegeh mencari jati diri.

Beliau turut mempunyai nasihat untuk pencipta logo Pahang FC:

Apa pendapat anda? Adakah anda merasakan Pahang perlu meminta input daripada penyokongnya dahulu sebelum melancarkan logo pasukan yang baru?

Baca juga: Logo Baru Manchester City Dikutuk Oleh Penyokong Kerana ‘Nampak Boring’

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN