Seorang penyokong Atletico Madrid mengambil keputusan untuk menfailkan saman ke atas UEFA di atas kerosakan(damage) kerana kesilapan pengadil membuat keputusan.
Ini kerana pengadil yang dipilih UEFA telah membenarkan jaringan ofsaid Sergio Ramos yang mengheret perlawanan ke masa tambahan dalam final UCL 2016. Ia adalah ulangan perlawanan akhir UCL pada 2014.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Jose Antonio Campon adalah pemegang tiket bermusim di Stadium Vicente Calderon.
Beliau tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan diketuai oleh Mark Clattenburg yang gagal membuat keputusan tepat untuk gol tersebut.
Campon inginkan ganti rugi bernilai sekitar €1,660 untuk tiket beliau dan €1,500 kerana isu moral.
Gol Kontroversi Ramos
Dalam perlawanan final di San Siro itu, Real Madrid menguasai sebahagian besar daripada permainan. Dan pada minit ke-15, Toni Kroos menghantar bola terus ke dalam kotak penalti daripada set-piece.
Kekalutan di hadapan gol tercetus dan Sergio Ramos memenangi perebutan tersebut dengan menghulurkan kaki beliau dan menjaringkan gol yang meletakkan Real Madrid di hadapan.
Bukti video dengan jelas menunjukkan bahawa Ramos dalam kedudukan ofsaid.
Atletico mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan selepas itu setelah Fernando Torres dijatuhkan di dalam kota penalti.
Namun sepakan penalti Griezmann terkena palang gol. Yannick Carrasco akhirnya menyamakan kedudukan untuk Atletico pada minit ke-79.
Perlawanan dilanjutan ke masa tambahan. Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol. Juara kemudiannya ditentukan menerusi sepakan penalti.
Juanfran gagal dalam cubaan penalti keempat Atletico yang membolehkan Cristiano Ronaldo melakukan jarigan penalti kemenangan.
Ia sekaligus membolehkan Real Madrid pulang dengan trofi UCL ke-11 mereka.
Campon Mahukan Teknologi Video
Campon sangat bengang dengan kesilapan pengadilan dalam perlawanan. Beliau mendakwa ia sesuatu yang lemah dan merugikan ramai pihak.
Beliau berkata:
“UEFA bertanggungjawab ke atas orang yang mereka lantik (Mark Clattenburg). Ini kerana dia tidak melaksanakan tugasan sebaik-baiknya.”
“Saya percaya ramai lagi orang di luar sana mahukan pengadilan menggunakan teknologi video ini. Harap ia dapat dilaksanakan di seluruh Eropah dengan segera.”
“Ia akan berlaku, saya tidak tahu bila, tetapi ia akan berlaku. Standard yang ada boleh dan perlu diperbaiki.”
“Lihatlah tenis, teknologi Hawk Eye mulanya dikritik namun kini sudah diterima dan dipasang sepenuhnya.”
“Jika tuntutan kami ini diterima, ia akan dikenakan di peringkat Eropah dan mana-mana penonton yang terkesan dengan penipuan yang boleh menuntut ganti rugi.”
“Benda teknikal ini sudah pun wujud, cuma tidak digunakan di dalam bola sepak.”
Macam-macam! Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, Liga Sepanyol antara utama Eropah yang tidak memasang teknologi garisan gol kerana banyak kelab tidak mampu dan enggan melabur jutaan dollar untuk teknologi tersebut.
Bundesliga sudah pun memasang teknologi garisan gol sepenuhnya pada musim ini.
Baca juga : Mengapa Semua Kelab Premier League Pakai Lilitan Lengan Berwarna Pelangi?