Pasukan ‘whistleblower’ Der Spiegel memuat naik dokumen yang mereka dakwa ditandatangani oleh Cristiano Ronaldo dan Kathryn Mayorga (gambar) tentang persetujuan di luar mahkamah.
Der Spiegel (Football Leaks) adalah pihak yang banyak membongkar rahsia melibatkan pemain bola sepak. Mereka jugalah yang membongkar isu salah laku pendapatan Messi dan Ronaldo sebelum ini untuk mengelak cukai.
Ini yang membawa kepada pendakwaan loleh kerajaan Sepanyol ke atas Messi dan Ronaldo di mahkamah dan kemudiannya dikenakan tindakan.
Selain itu, Der Spiegel pernah membongkar isu gaji dan pembayaran Neymar yang sebenar. Barcelona dikatakan tidak melaporkan angka sebenar pembelian Neymar.
Kes Ronaldo-Mayorga
Der Spiegel adalah laman yang telah menerbitkan artikel tentang kes rogol Ronaldo. Terbitan artikel itu adalah pada tahun lalu.
Artikel itu menjadi panas semula selepas polis di Las Vegas dilaporkan membuka semula kes tersebut kerana ada bukti baharu.
Peguam Kathryn Mayorga, Leslie Stoval menyatakan yang klien beliau telah dirogol oleh Cristiano Ronaldo pada 2009 di sebuah bilik hotel di Vegas.
Mayorga dalam laporannya berkali-kali menjerit dan menyuruh Ronaldo berhenti keranakerana tak rela.
Peguam tersebut juga menyatakan yang beliau sudah dihubungi seorang lagi mangsa rogol Cristiano Ronaldo.
Ronaldo sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan mengutuk Der Spiegel kerana sengaja mencari publisiti murahan dengan menjaja namanya.
Ronaldo juga memberitahu jenayah rogol sangat bertentangan dengan kepercayaannya dalam hidup.
Stoval memberitahu The Mail pada Ahad:
“Saya ada dihubungi seorang wanita lain yang mengakui dia melalui pengalaman serupa.”
Stoval tidak mahu mendedahkan nama wanita itu.
Laporan Der Spiegel juga menyatakan Mayorga dibayar $375,000 untuk tutup mulut. Stoval menyatakan yang anak guamannya dibuli ketika menandatangani perjanjian itu.
Mayorga memutuskan mahu mengenakan pertuduhan ke atas Ronaldo.
Selepas Ronaldo menuduh Der Spiegel menipu dan mencari publisiti murahan. Der Spiegel telah menerbitkan dokumen penyelesaian luar mahkamah yang ditandatangani Ronaldo dan Mayorga.
Der Spiegel menyatakan:
“Tiada keraguan yang dokumen ini asli. Pasukan guaman Cristiano Ronaldo sendiri tak ada mempertikaikannya buat masa ini.”
Dalam dokumen itu jelas sekali ada tandatangan Ronaldo dan Mayorga serta peguam.
Dalam dokumen itu juga, Ronaldo menggunakan penama Topher yang menyatakan dia akan membayar wang kepada Cik. C.
Topher juga akan bertanggungjawab sekiranya Cik. C terkena jangkitan kuman kerana perhubungan itu.
Dokumen yang diterbitkan itu juga menunjukkan Ronaldo ada menjawab beberapa siri soalan oleh peguam.
Soalan: Adakah Cik. C pernah meninggikan suara, menjerit ataupun memarahi?”
Jawapan: “Dia berkata tidak dan bmeminta berhenti beberapa kali.”
Namun dalam satu dokumen baharu diterbitkan oleh Der Spiegel selepas itu, mereka menyatakan Cik. C tidak ada berkata tidak ataupun hentikannya.
Tak cukup dengan itu, Der Spiegel menerbitkan laporan polis yang dibuat beberapa jam selepas insiden, menyatakan yang pemanggil (caller) menangis dan tidak mahu menyebut nama perogol.
Cuma dia berkata dia seorang atlet dan sangat terkenal.