Seorang Lagi Bekas Pemain Kebangsaan Colombia Ditahan Kerana Menyeludup Dadah

Bekas pemain kebangsaan Colombia, Jhon Viafara telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah. Beliau akan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk berhadadapan dengan pertuduhan di sana.

Viafara pernah bermain untuk kelab seperti Portsmouth, Southampton dan juga Real Sociedad. Beliau yang sudah berusia 40 tahun ditahan bersama dengan 4 lagi rakannya ditahan ketika operasi bersepadu oleh polis.

Jhon Viafara turut terlibat dalam kemalangan ketika memecut laju kerana mabuk.

Ketua pendakwaraya di Texas percaya Viafara antara individu yang berada di dalam rangkaian jenayah tersebut. Mereka percaya Viafara dan rakan-rakannya berhubung dengan kartel dadah – yang menyeludup masuk kokain menggunakan bot laju menerusi Lautan Pasifik ke Amerika Tengah – dan kemudiannya ke Amerika Syarikat.

Jhon Viafara bersara daripada bola sepak profesional pada 2015.

Polis mengesahkan di Colombia, ramai bekas bintang bola sepak terlibat dalam pengedaran dadah selepas bersara. Mengedar dadah adalah jalan paling singkat untuk mereka mendapatkan wang yang banyak walaupun sedar jenayah itu adalah kesalahan yang berat.

Ini kerana mereka mahu mengekalkan cara hidup mewah seperti mana ketika mereka masih bermain dengan kelab yang menawarkan gaji dan bonus yang besar – terutama sekali mereka yang pernah bermain di kelab profesional Eropah.

Bulan lalu, seorang lagi bekas pemain kebangsaan Colombia iaitu Diego Leon Osorio ditahan kerana mengedar dadah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN