Seong Kyun Akui Liga Malaysia Semakin Berkembang, Rancang Jalin Kerjasama K League & MFL

K League

K League mengakui Liga Malaysia antara liga yang semakin berkembang pesat di rantau Asia Tenggara yang menyebabkan mereka kini berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Football League (MFL) pada masa akan datang.

Menurut Ketua Perancangan Strategik dan Pembangunan, Park Seong Kyun, bola sepak rantau Asia Tenggara seperti Malaysia sedang diperhatikan oleh kebanyakan pihak di Korea Selatan ekoran aksi baik dipamerkan pentas antarabangsa.

Maka, pihaknya sedia menilai apakah bidang yang boleh diterokai bersama MFL selain ingin mengetahui lebih mendalam lagi mengenai Liga Malaysia demi kebaikan kedua-dua pihak.

“ K League merasakan pihak kami boleh menjalinkan kerjasama dengan liga-liga lain dan MFL saya lihat merupakan sebuah liga berpotensi untuk kami jalinkan kerjasama.

“Tambahan kami di K League pada musim depan akan memperkenalkan kuota pemain import dari Asean, jadi kenapa kami di sini melihat apa ruang kerjasama yang kami boleh jalinkan.

“Pada pandangan saya Liga Malaysia sekarang semakin dikenali memandangkan sudah banyak pemain bola sepak serta media Korea Selatan tahu kemeriahan bola sepak di rantau Asia Tenggara.

“Kebanyakan negara di rantau ini semakin berkembang pantas dan Malaysia salah satu yang tunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini,” kata Seong Kyun.

Sementara itu, Seong Kyun jelaskan pihaknya kini dalam fasa merangka memorandum persefahaman (MOU) jika ada beberapa aspek dapat dipersetujui dengan MFL.

Antara aspek utama yang menjadi minat K League ialah aspek pembangunan akar umbi, pertukaran pemain dan sebarang bentuk perniagaan yang mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada kedua-dua liga.

“Kami ada berbincang sejak beberapa bulan lalu kerana mahu jalinkan kerjasama dengan lebih serius antara satu sama lain, terutama dalam bidang apa kita boleh bertukar-tukar maklumat.

“Untuk tujuan ini, kami harap ada beberapa sektor seperti program pertukaran pemain, pembangunan pemain muda dan sebagainya mampu dilakukan.

“Kami akan cuba mendapat kata putus dalam jalinan kerjasama ini sebelum merangka sebarang perjanjian persefahaman (MOU), sekarang K League dan MFL sedang berusaha ke arah itu, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN